TAMAN WARISAN
123) TAMAN WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status taman warisan selepas pewartaannya?
Taman warisan atau Taman Negeri Selangor setelah pewartaannya akan dikategorikan sebagai
Hutan Perlindungan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2005.
Kawasan hutan perlindungan merujuk kepada kawasan hutan yang akan dipelihara
sepenuhnya sebagai kawasan aset khazanah hutan negeri bagi memainkan fungsi hutannya
dalam memastikan kestabilan sumber bekalan air, kesuburan tanah, kualiti alam sekitar,
pemeliharaan bio-diversiti, mencegah / meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah dan
banjir serta mengekalkan nilai-nilai estetika yang boleh dinikmati masyarakat menerusi
pemeliharaannya. Pembangunan yang minimum dibenarkan hanya yang bercorak asas serta
bagi menambah – nilai hutan sedia seperti pembinaan infrastruktur bersesuaian untuk
kemudahan hutan lipur dan aktiviti rekreasi, pelajaran dan penyelidikan.
