TANAH MILIK KERAJAAN

167) TANAH MILIK KERAJAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Untuk mengatasi masalah pengangguran yang boleh dikatakan agak serius boleh kah dibenarkan tanah-tanah milik Kerajaan yang terdapat di kawasan pinggir perkampungan dalam negeri Selangor ini dimajukan untuk pertanian jangka pendek (kontan)?

    Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya melupuskan tanah kerajaan kerana kerajaan sudah ada satu pendekatan baru dalam mengelolakan aset. Walau bagaimanapun, kaedah pelupusan secara  jangka pendek melalui Lesen Pendudukan Sementara boleh dipertimbangkan mengikut merit setiap kes untuk tanaman jangka pendek. Ini diputuskan setelah Pentadbir Tanah yang menerima permohonan daripada pemohon dan membuat pertimbangan setelah  mengambil kira  ulasan  daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.