Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

330) TANAH PERKUBURAN BERSEPADU DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Cadangan ini masih belum menjadi kenyataan sehingga sekarang walaupun keperluan rakyat Selangor terhadap tanah perkuburan semakin meningkat. Mengapakah kerajaan tidak melilhat perkara ini sebagai perkara serious dan tidak menawarkan cara penyelesaian alternative untuk mengatasi masalah ini?

    Sebagaimana yang dijelaskan di dalam sidang dewan yang lepas, Kerajaan Negeri telah menjalankan Kajian Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 di Negeri Selangor. Hasil kajian tersebut, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan konsep Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) di Negeri Selangor mengikut lokasi dan wilayah- wilayah kedudukan PBT. Kajian ini turut merumuskan penawaran tapak-tapak perkuburan semasa dan keperluan perkuburan di Negeri Selangor untuk tempoh 50 tahun iaitu sehingga tahun 2060. Cadangan tapak-tapak PWB dikenalpasti mengikut kewujudan tapak, kadar kemudahansampaian dan kemudahan aksesibiliti untuk perkongsian bersama antara PBT yang berhampiran bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan PBT berjiran.

    Sebagai cadangan awal, sejumlah empat (4) tapak perkuburan dengan jumlah keluasan 300.63 hektar (742.87 ekar) telah dikenalpasti untuk dijadikan tapak perkuburan yang dicadangkan mengikut tampungan di 3 zon utama iaitu Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur.

    Bagi Daerah Sepang, terdapat satu tapak perkuburan wilayah bersepadu berkeluasan 25 ekar yang kini dalam penyediaan pelan susunatur pembangunan dan pelan pengurusan PWB bagi keseluruhan tapak ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.