Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

77) TANAH RUNTUH DAN MEMBAIKPULIH CERUN-CERUN BUKIT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak kes tanah runtuh yang telah dilaporkan kepada setiap PBT, bilakah laporan-laporan itu dibuat dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?

    Jumlah keseluruhan bagi kes tanah runtuh yang telah dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor adalah sebanyak 92 kes dan kawasan tanah runtuh tersebut telah pun dibaik pulih serta ditangani. Berikut adalah perincian bagi  lokasi tanah runtuh berserta tahun kejadian dan status pembaikpulihan.