TANAH-TANAH KERAJAAN
81) TANAH-TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat usaha-usaha dari rakyat tempatan terhadap tanah-tanah Kerajaan di daerah Hulu Langat untuk pertanian melebihi antara dua puluh hingga tiga puluh tahun dan kini telah mengeluarkan hasil dan pernah mendapat L.M.S. (T.O.L.) Kenapa Kerajaan menolak permohonan mereka sedangkan mereka pernah berjasa kepada Tanah Air seperti menjadi anggota RELA dan sebagainya?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 10/2010 yang diadakan pada 17 Mac 2010
telah menimbang dan menolok permohonan pelupusan secara pemberimilikan
tanah kepada Ahli RELA dan pemohon-pemohon lain di Mukim Semenyih,
daerah Hulu Langat seluas 0.4 hingga 0.8 hektar untuk tujuan pertanian. Tiada
sebarang alasan yang diberikan MMKN di dalam keputusan tersebut.
Maklumat Tambahan1. Syor Pentadbir Tanah Darah Hulu Langat di dalam Kertas Ringkasan
Permohonan yang dikemukakan Bil (7) dlm PTDUL : 1/5/891-94 (R)
bertarikh 24 Oktober 2009, Pentadbir Tanah Hulu Langat telah
mengesyorkan MMKN memberi pertimbangan ke atas 42 orang pemohon
yang telah mengusahakan tanah tersebut lebih 15 tahun. Ini selaras
Pekeliling Tanah dan Galian Selangor Bil 1/2008 di dalam perkara 3.2.3
(ii) yang boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan
kriteria pengusaha asal telah mengusahakan tanah atau menduduki
sekurang-kurangnya tiga tahun pada tarikh 1 Januari 2008.
2. Jumlah permohonan keseluruhan adalah sebanyak 92 permohonan
secara bertindih. Walau bagaimanapun Jawatankuasa kerja Tanah Bil
4/2007 mengesyorkan seramai 68 pemohon diberikan pertimbangan.
Namun hasil siasatan tapak hanya 42 pemohon telah mengusahakan dan
disyor diberikan pertimbangan.
