Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

44) TANAH WAKAF

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah tanah-tanah wakaf yang didaftarkan di negeri Selangor?

    Jumlah keluasan tanah wakaf di Negeri Selangor sehingga Disember 2008 ialah 843.82 ekar yang melibatkan 714 lot tanah. Keluasan ini adalah melibatkan tanah wakaf yang telah didaftarkan kepada nama MAIS seluas 616.52 ekar dan tanah wakaf yang dalam proses pendaftaran ke atas nama MAIS yang melibatkan keluasan seluas 227.30 ekar.

    Kegunaan tanah wakaf juga berbeza berdasarkan kepada niat pewakaf yang mewakafkan tanah tersebut. Manakala MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangor sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Seksyen 89, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memastikan kegunaan harta yang diwakafkan itu menepati kehendak pewakaf dan harta yang diwakafkan diusahakan oleh penerima manfaat wakaf tersebut.

    Berdasarkan kepada rekod yang ada di MAIS, pecahan harta wakaf mengikut kegunaan adalah seperti berikut:

    BIL KEGUNAAN JUMLAH (EKAR)
    1 Manfaat MAIS / Am 52.2
    2 Tapak Masjid & Tambahan Kawasan

    Masjid

    42.7
    3 Manfaat Masjid 570.3
    4 Tapak Surau 50.1
    5 Manfaat Surau 31.8
    6 Tanah Kubur 5.4
    7 Tapak Sekolah 44.7
    8 Manfaat Sekolah 27.4
    9 Kebajikan / Anak Yatim 19.1
    JUMLAH 843.8

Lampiran

Tiada Lampiran.