Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

182) TASKA / PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan ibu yang berjaya menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di rumah, daripada skim Kerajaan Negeri?

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

     Taska Di Rumah merupakan salah satu daripada empat kategori taska yang menjalankan aktiviti pengasuhan di kediaman sendiri dan menerima kanak- kanak seramai empat hingga sembilan orang. Syarat-syarat bagi penubuhan sesebuah TASKA di rumah adalah seperti berikut:

    • Premis TASKA didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika
    • Memenuhi standard minimum JKM. Standard Minimum JKM ialah;

      Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi;

      • Di bawah 1 tahun = 1:3
      • 1 hingga 3 tahun = 1:5
      • 3 hingga 4 tahun = 1:10
    • Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
    • Pengusaha telah hadir kursus Asuhan dan didikan kanak-kanak PERMATA (KAP)
    • Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak
    • Menyediakan dan mempamerkan jadual menu  makanan  seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak- kanak
    • TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak
    • Menyediakan dan menyelenggarakan rekod-rekod di TASKA
    • Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan di luar TASKA

    Jumlah Taska Di Rumah yang berjaya menyertai Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SIKEMBAR) skim Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 24 buah.

Lampiran

Tiada Lampiran.