Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

116) TEKNOLOGI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kesan dasar teknologi hijau yang diamalkan oleh kerajaan negeri terhadap industri berat di Selangor

    Untuk makluman Ahli – Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi tumpuan kepada 8 tindakan utama melalui Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2015-2018. Melalui Pelan Tindakan ini, Taman – Taman Industri Negeri Selangor akan terlibat di dalam Program Penghijauan Taman Industri.

     

    Program penghijauan taman industri akan melibatkan 4 komponen utama iaitu:

     

    1. Kecekapan tenaga
    2. Pengurusan sumber air terpakai
    • Simbiosis sisa industri
    1. Sistem Penuaian Air Hujan

     

    Program ini akan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Industrial Park Management Committee (IPMC). IPMC akan dilantik sebagai penyelaras dan bertanggungjawab untuk melaporkan kemajuan program kepada Kerajaan Negeri Selangor.

     

    Program ini akan menggunakan kaedah Simbiosis Industri yang dapat membantu pihak industri dalam pelbagai sektor untuk mengguna semula bahan-bahan yang tidak terpakai. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengalihkan beban sisa daripada tapak pelupusan dan menjadikan sisa tersebut sebagai hasil keuntungan syarikat melalui pengurangan kos pelupusan.

     

    Program penghijauan taman industri ini akan membantu pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kecekapan penggunaan tenaga bagi kawasan industri dan membolehkan kadar pelepasan karbon bagi kawasan industri dikurangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.