TEMPAT KEDIAMAN UNTUK SEMUA
150) TEMPAT KEDIAMAN UNTUK SEMUA
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ciri-ciri utama Òdasar perumahan menyeluruhÓ yang akan dibentuk oleh Kerajaan Negeri?
Ciri-ciri utama yang akan ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam merangka “dasar perumahan yang menyeluruh” adalah seperti berikut:
- Memperbanyakkan penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti, selesa, reka bentuk terkini dengan dilengkapi segala kemudahan bagi komuniti;
- Mempelbagaikan jenis rumah mampu milik dari harga RM42,000 sehingga RM250,000 seunit untuk memenuhi keperluan semua golongan dari pendapatan bawah RM2,500 sehingga RM6,000 sebulan;
- Mewujudkan lebih rumah mampu sewa untuk golongan tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri; dan
- Membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan.
