TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI SS15
187) TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI SS15
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah dan bagaimanakah MPSJ bercadang untuk membangunkan satu tempat letak kereta bertingkat di SS15, Subang Jaya? Berikan butir-butir
MPSJ telah mempunyai Dewan Serbaguna dan tempat letak kereta terbuka di atas tapak berkenaan dan masih beroperasi dengan keluasan 5 ekar. Cadangan pembinaan semual dewan tersebut belum dapat dilaksanakan kerana ianya melibatkan kos pembangunan semula. Pada ketika ini, kawasan tersebut bertaraf tanah rizab dewan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Selangor. Sebarang pemajuan di atas tapak tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Pegawai Pengawal. Pada ketika ini, MPSJ telah mengemukakan permohonan kepada SUK untuk mendapatkan kebenaran memajak tanah tersebut selama 21 tahun.
