Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
227) TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH DI PINGGIR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sedarkah Kerajaan Negeri kawasan di luar Kawasan Operasi Kerajaan Tempatan kerap memberi imej buruk dengan sampah sarap yang dibuang merata-rata?
Kerajaan Negeri menyedari permasalahan dan isu ini dan sehubungan dengan itu PBT telah diarahkan untuk tidak mengabaikan pengurusan sampah di kawasan kampung sama ada dalam kawasan operasi PBT atau di luar kawasan operasi. Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan sampah di kampung-kampung adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan PBT masing-masing. Kerajaan Negeri juga memohon kerjasama wakil-wakil rakyat dan ahli majlis yang dilantik untuk bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam menangani permasalahan dan isu ini.