TEMPOH MASA YANG DIAMBIL OLEH PEJABAT DAERAH UNTUK KELULUSAN GERAN TANAH KEKAL KAMPUNG TRADISI MELAYU
83) TEMPOH MASA YANG DIAMBIL OLEH PEJABAT DAERAH UNTUK KELULUSAN GERAN TANAH KEKAL KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa lamakah masa yang perlu diambil terutama di Pejabat Daerah bahagian tanah untuk memproses geran kekal bagi kampung-kampung tradisi melayu ?
Selepas menerima Pelan Akui (PA) dari pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), tempoh masa bagi Pejabat Tanah mengeluarkan hakmilik kekal adalah 2 bulan mengikut Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan.
Maklumat Tambahan:
Walau bagaimanapun, tempoh masa tersebut akan berubah sekiranya terdapat perbezaan keluasan ukuran halus oleh pihak JUPEM daripada yang telah diluluskan oleh MMKN. Perbezaan keluasan perlu mendapat kelulusan dari Pentadbir Tanah atau MMKN (<20% kelulusan oleh PTD dan >20% kelulusan oleh MMKN), selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 12/2010.
