Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

328) TRANSAKSI TANAH OLEH ECO WORLD DI IJOK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kemusykilan yang dihadapi oleh MBI dan Eco World dalam transaksi tanah di Ijok?

    Pada 22 September 2015, Eco World Development Berhad telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia bahawa pihaknya telah melakukan perjanjian jual beli bersyarat melalui anak syarikatnya Paragon Pinnacle Sdn Bhd dengan beberapa syarikat lain untuk membeli beberapa bidang tanah di Mukim Ijok, Kuala Selangor.

    Bagaimanapun, sebahagian daripada tanah yang diumumkan itu, iaitu  di Alam Mutiara terbabit dalam proses perundangan di Mahkamah yang turut membabitkan Kerajaan Negeri dan sehingga kini belum dimuktamadkan.

    Tindakan Eco World membuat perjanjian berkenaan dilihat mengenepikan proses perundangan yang sepatutnya diselesaikan terlebih dulu sebelum membuat sebarang perancangan komersil.

Lampiran

Tiada Lampiran.