TUMPUAN SUKAN BELIA
74) TUMPUAN SUKAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis sukan atau aktiviti kesukanan yang paling diminati belia/ beliawanis ketika ini?
Berdasarkan trend masa kini, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor mengamati bahawa jenis sukan atau aktiviti kesukanan yang paling diminati oleh belia dan beliawanis ketika ini adalah seperti sukan-sukan yang bersifat santai seperti berbasikal, larian, permotoran, futsal dan bola sepak
Pihak Majlis mendapati bahawa sukan-sukan yang disebutkan ini mempunyai peminat atau pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangan dan menyertai aktiviti yang dianjurkan biarpun ianya bersifat santai seperti fun ride dan fun run. Manakala bagi sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, dan permotoran, jika dilihat kebanyakan padang-padang bola, gelanggang-gelanggang futsal dan badminton sentiasa dipenuhi oleh golongan-golongan belia atau beliawanis yang bermain pada waktu petang dan malam.
