TV SELANGOR

180) TV SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. TV Selangor sepatutnya berperanan menyampaikan maklumat Ð maklumat penting seperti program-program kerajaan negeri kepada pihak akar umbi di samping menjadi saluran media yang bertanggungjawab bagi menjawab tohmahan-tohmahan yang di lemparkan oleh pihak pembangkang. Adakah satu kajian terperinci di buat untuk mengukur sejauh mana keberkesanan TV Selangor dalam menjalankan amanah ini ?

    Oleh kerana TV Selangor pada sifatnya adalah media internet, maka ia memang mempunyai sistem pemantauan capaiannya tersendiri yang dipanggil Content Management System atau CMS. Melalui sistem ini setiap hit yang menggunakan Internet Explorer akan direkodkan masa, dan daripada sumber hit itu.

    Sehingga 25 Oktober lalu, jumlah hit yang dirakamkan oleh CMS sejak satu Oktober ialah lebih 15.4 Juta hits. Rekod hits TV Selangor sepanjang tahun ini ialah

    Januari: 5.14 juta   Julai: 12.5 juta
    Februari: 10.5 juta     Ogos: 8.33 juta
    Mac: 13.8 juta     September: 8.04 juta
    April: 18.6 juta     Oktober: 15.4 juta
    Mei: 9.98 juta        
    Jun: 8.22 juta        

    Yang menariknya dalam soal capaian internet bagi sesebuah website atau blog ialah catatan Unique Visitors. Ini akan memberi gambaran jumlah berapa ramai pengunjung baru dan bukan pengunjung berulang. Setakat penghujung Oktober dari awal tahun ini, TVSelangor mencatatkan  843,871 pengunjung unik. Apabila disilang semak dengan sistem pemantauan bebas seperti Alexa adalah didapati lebih 92 peratus daripada hits berkenaan bersumber dari dalam Negara.  Justeru maklumat berhubung dasar dan keputusan kerajaan negeri memang sampai kepada khalayak sasaran; iaitu rakyat yang celik IT. Bagaimanapun setiap bahan maklumat berhubung kerajaan negeri yang dihimpunkan oleh TVSelangor tidak berakhir dengan siaran dalam web sahaja. Ia diulang-sunting dan disiarkan di khalayak ramai seperti dalam sesi Layar Rakyat yang mula dipergiatkan di seluruh negeri. Ini memberi peluang kepada rakyat yang tiada akses kepada IT untuk mendapatkan maklumat yang disebarkan. Maklumat yang dipaparkan juga diolah dalam bentuk surat siaran atau “flyers” seperti dalam isu mengembalikan hak air kepada rakyat. Maklumat ini ditokok bahan dan disebarkan menggunakan medium cetak dalam bentuk Selangor kini. Pengolahan bahan bagi menyebarluaskan maklumat berhubung inisiatif, dasar dan juga tindakan kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat juga dibuat secara pelbagai oleh TV Selangor. Ia dipersembahkan dalam bentuk berita, rencana, temubual eksklusif dan juga ada kalanya secara langsung.

Lampiran

Tiada Lampiran.