UNDANG-UNDANG MEMATUHI PERUNTUKAN ADUN
153) UNDANG-UNDANG MEMATUHI PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah pencegahan dan undang-undang yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan penyalahgunaan peruntukan ADUN?
- Untuk makluman, pada masa ini penyaluran peruntukan Ahli Dewan Negeri adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 Tahun 2010. Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan Surat-surat Pekeliling yang berkuat kuasa sebelum ini iaitu Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 2 Tahun 2008, Bil. 5 Tahun 2008, Bil. 6 Tahun 2008, Bil. 7 Tahun 2008 dan Bil. 7 Tahun 2009. Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 Tahun 2010 ini adalah bagi menambah baik tatacara bagaimana peruntukan ini boleh diluluskan dan
Antara penambahbaikan yang dibuat adalah dengan menjelaskan dengan lebih terperinci akan perbelanjaan yang boleh digunakan dengan peruntukan tersebut. Antaranya adalah perbelanjaan bagi pengurusan dan pengubahsuaian pejabat, projek kecil pembangunan, sumbangan kemasyarakatan secara tunai, program dan aktiviti mesra rakyat dan mewujudkan tabung wang pendahuluan ADN bagi memudahkan ADN berbelanja.
Pekeliling baru ini juga menghendaki ADN menggunakan borang-borang yang telah ditetapkan serta perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memastikan permohonan tuntutan pengeluaran peruntukan yang dibuat adalah benar dan teratur.
