Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

78) UNISEL

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru- baru ini bekalan air kepada Asrama Pelajar di kampus Utama UNISEL Bertari Jaya telah terputus. Tidakkah tangki bekalan air, sub-station dan loji kumbahan sepatutnya diserahkan oleh syarikat perunding dan kontraktor kepada institusi yang bertanggungjawab untuk mengendalikan utiliti ini. Apakah sebenarnya berlaku?

    Apa yang berlaku adalah pelajar di Asrama Jana niaga UNISEL yang menempatkan 5,000 pelajar terputus bekalan air untuk selama lebih kurang 12 jam.

     

    Ini adalah akibat daripada Arkitek perunding utama (FI Architects) pembinaan kampus induk UNISEL di Bistari Jaya, tidak menyerahkan tangki bekalan air kepada pihak berwajib (Syabas) untuk Syabas kendalikan.

     

    PENJELASAN

     

    ISU PENYERAHAN TANGKI AIR BEKALAN AIR OLEH FI ARCHITECTS

    (SERTA SUB-STESEN ELETRIK DAN LOJI KUMBAHAN UNISEL)

     

    A1. PENDAHULUAN

     

    Kontrak pembinaan kampus induk Unisel Bestari Jaya adalah  di antara tahun 1999 hingga tahun 2004, dengan:

     

    • FI Architects: Perunding utama

     

    • Lebar Daun Construction Sdn. Bhd: Bangunan dan Peralatan, termasuk M&E.

     

    • Perwira Bintang Holdings Sdn. Bhd: Infra Struktur, termasuk jalan, kumbahan.

     

     

    Pada Jun 2005, serah kunci dibuat, dan kampus Bestari Jaya mula diduduki. Pada masa itu Sijil Siap Kerja (CPC) belum diperolehi. Tiga utiliti utama masih belum diserahkan oleh Perunding Utama kepada agensi terbabit. Tiga utiliti utama itu adalah:

     

    1. i) Tangki dan Sistem Bekalan Air: Sepatutnya diserahkan kepada Syabas. ii)     Sub-station 11KVA (9 buah): Sepatutnya diserahkan kepada TNB.

    iii) Loji Kumbahan:  Sepatutnya diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

     

    Selepas diserahkan, segala penyelenggaraan dan operasi utiliti ini akan menjadi tanggungjawab institusi yang terlibat (TNB, JPP, dan Syabas).

     

     

    A2. ISU UTAMA

     

    Pada September 2007 (selepas dua tahun menduduki kampus ini) barulah CF bersyarat dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Di antara syarat yang dikenakan adalah perlunya pembaik pulih, dan penyelenggaraan tiga utiliti utama ini. Penyelenggaraan dan pembaik pulih peralatan yang berkaitan utiliti ini tidak dijalankan oleh institusi yang berkaitan (TNB, JPP dan Syabas) kerana utiliti ini masih belum diserahkan kepada mereka;

     

    Isu-utama yang berkaitan dengan penyerahan tiga utiliti utama ini adalah:

     

    1. Sehingga kini ketiga-tiga utiliti ini masih tidak diserahkan kepada institusi berkaitan.

     

    1. Perunding Utama yang sepatutnya bertanggung jawab untuk penyerahan ini , tidak menyerahkan utiliti-utiliti ini.

     

    • Kampus Bestari Jaya tidak sepatutnya digunakan sebelum mendapat CPC (Sijil Siap Projek).

     

    Akibatnya;

     

    1. Dua kali pembayaran perlu dijelaskan:

     

    1. i) Bayaran penyelenggaraan dan baik pulih dan, ii)         Bayaran utiliti (air dan elektrik).

     

    1. Ke tidak tentuan terhadap pihak mana yang bertanggungjawab (Sama ada Syarikat Perunding Utama atau Unisel) untuk membayar elektrik untuk pam air, dan membaiki peralatan seperti pam air dan sub-station). Akibatnya berlakulah masalah seperti gangguan bekalan air baru-baru ini. Bil elektrik masih dialamatkan kepada syarikat kontraktor yang membina Sistem tangki dan bekalan air (Enuiroguard Engineering Sdn Bhd).

     

    1. Kemungkinan gangguan penggunaan yang lebih ketara atau mengambil masa yang lebih panjang, jika berlaku kerosakan kerana Perunding Utama Projek (FI Archtects) atau Unisel tidak menyimpan alat-ganti yang mencukupi untuk membaiki kerosakan.

     

     

    A3. MASALAH PENYERAHAN TIGA UTILITI INI

     

    Masalah utama dalam penyerahan utiliti ini adalah:

     

    1. Tidak ada pelan dan perincian teknikal (as built) untuk tujuan rujukan dan seterusnya digunakan untuk penyerahan utiliti ini institusi terbabit.
    2. Terdapat kecacatan yang perlu diperbaiki (Misalnya seperti surat daripada Syabas kepada FI Architects bertarikh Julai 2006).
    3. Beberapa bahagian daripada utiliti ini dibina tidak mengikut spesifikasi seperti yang dikehendaki oleh institusi ini (seperti saiz paip pada sistem kumbahan).
    4. Keperluan perundangan seperti penyerahan tanah pada laluan paip masih belum diselesaikan oleh Perunding Utama.
    5. Syarikat Perunding yang perlu memenuhi keperluan-keperluan institusi ini kerana merekalah yang mahir dalam soal ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.