UNISEL

107) UNISEL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan UNISEL boleh bersaing dengan Universiti lain?

    Bagi memastikan UNISEL boleh bersaing dengan universiti lain , perkara-perkara berikut telah dan sedang dilakukan:

    • Program yang ditawarkan dikaji dari segi kesesuaian kurikulum bagi menepati kehendak dan keperluan industri;
    • Mewujudkan program yang mempunyai niche yang senang dipasarkan;
    • Mewujudkan Panel Penasihat Program bagi memastikan program menepati peralihan zaman;
    • Memperuntukan belanjawan yang mencukupi bagi pemasaran program-program Universiti di dalam dan luar negara;
    • Memastikan barisan Pengurusan tertinggi universiti berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang kepakaran dikehendaki serta mempunyai track record perkhidmatan terbaik;
    • Pemilihan barisan keahlian di peringkat Lembaga Pengarah dan Lembaga Universiti adalah mereka yang berwibawa, berpengetahuan baik dari segi akademik atau pengurusan serta berlatar belakang yang pelbagai;
    1. Terus memperbaiki (upgrade) prasarana Universiti, pengajaran  dan pembelajaran serta suasana kampus bertaraf kelas pertama;
    2. UNISEL adalah universiti kerajaan negeri, peruntukan geran pendidikan dan penyelidikan diutamakan. Ini kerana jumlah geran penyelidikan dapat meningkatkan kesetaraan universiti di peringkat penarafan Institusi Pengajian Tinggi;
    3. Menambah bilangan pensyarah berkelulusan Phd. di dalam semua bidang;
    4. Menjadikan UNISEL kampus hijau (green campus) yang cukup menawan dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar di sini;

     

    1. Memberi pelajaran percuma di peringkat matrikulasi kepada pelajar jurusan kejuruteraan, sains dan komputer.

Lampiran

Tiada Lampiran.