USUL ADUN BARISAN NASIONAL SELANGOR
168) USUL ADUN BARISAN NASIONAL SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan secara terperinci semua usul ADUN BN Selangor ke dalam Dewan Undangan Negeri dari 2013-2017.
Usul ADUN BN Selangor adalah seperti di Lampiran
LAMPIRAN A
USUL-USUL YANG TELAH DI BAWA KE DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2014 MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) PENGGAL KEDUA DNS KE-13
Usul No.
Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan
Usul di bawah Peraturan Tetap 17(1) “Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa YAB Dato’ Menteri Besar Selangor mengambil tindakan segera bagi menamatkan pencatuan air dan membekalkan semula air kepada semua pengguna-pengguna di seluruh negeri Selangor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan yang terlibat, sehingga menyebabkan kesusahan , kepayahan dan penderitaan rakyat dalam mengharungi kehidupan harian mereka. Perkara ini tertentu:
· Berhubung dengan langkah pencatuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di kalangan pengguna atau rakyat di negeri Selangor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan terlibat.
Perkara ini berkehendak disegerakan:
· Perlu disegerakan kerana tindakan pencatuan ini telah lama berlaku serta perlu dihentikan segera dan air perlu kembali disalurkan kepada rakyat
Perkara ini berkepentingan orang ramai:
· Perkara ini berkepentingan orang ramai kerana pencatuan air melibatkan ramai rakyat di negeri Selangor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan terlibat sehingga kekurangan bekalan air telah menyebabkan kesusahan, kepayahan dan penderitaan rakyat dalam mengharungi kehidupan harian mereka.
Usul ini TIDAK
dipersetujui.
oleh Yang Berhormat Sungai Burong. Menangguhkan Mesyuarat Bagi Perkara Tertentu Berkenaan Kepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan. Usul No.
Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan
8 Y.B. ADN Sungai Panjang Usul di bawah Peraturan Tetap 26
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan negeri mengambil satu pendirian terhadap tindakan Gabungan NGO Malaysia – Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) untuk Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR), yang mengemukakan laporan mengandungi unsur-unsur tidak wajar dalam konteks Malaysia atas nama “hak-hak asasi manusia” sewaktu sesi UPR tersebut pada bulan Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland.” Usul ini TIDAK dipersetujui.
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DNS KE-13
Usul No.
Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan
26 Y.B. ADN Jeram Usul di bawah Peraturan Tetap 26 “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menyiasat dan menghentikan serta-merta sebarang projek pembangunan yang dilaksanakan tanpa Kebenaran Merancang. Ini amat penting kerana pembangunan yang tidak terancang dan terkawal boleh menyebabkan masalah banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh yang membahayakan keselamatan rakyat.” 18 Jun 2014 27 Y.B. ADN Sungai Panjang Usul di bawah Peraturan Tetap 26
“Bahawa Dewan yang mulia ini atas dasar negeri berkebajikan, menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji dan menyediakan laporan terperinci berkenaan faktor-faktor kenaikan harga rumah dan peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat berpendapatan sederhana juga mampu memiliki rumah sendiri.” Usul ini TIDAK
dipersetujui.
MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DNS KE-13
Usul No. Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan 30 Y.B. ADN Kota Damansara Usul di bawah Peraturan Tetap 26
“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan drastik yang berkesan bagi membanteras masalah penularan penyakit denggi yang disebabkan pembiakan nyamuk aedes yang tidak terkawal akibat daripada masalah saliran dan kebersihan khususnya di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) demi kesihatan hidup rakyat yang berkualiti.” Dipinda kepada :
“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan drastik yang berkesan bagi membanteras masalah penularan penyakit denggi yang disebabkan pembiakan nyamuk aedes yang tidak terkawal demi
kesihatan hidup rakyat yang berkualiti.”
Keputusan : Dipersetujui (dengan pindaan) 3 Disember 2014
USUL-USUL YANG TELAH DI BAWA KE DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2015
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) PENGGAL KETIGA DNS KE-13
Usul No. Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan 15 Y.B. ADN Permatang Usul di bawah Peraturan Tetap 26
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) yang akan membantu kelancaran trafik di pusat-pusat bandar berkaitan.” Usul ini TIDAK DIPERSETUJUI 16 Y.B. ADN Batang Kali Usul di bawah Peraturan Tetap 26
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor meneruskan perbincangan perjanjian penstrukturan semula industri air bersama Kerajaan Persekutuan demi memastikan pembangunan sosioekonomi negeri berterusan dan kemaslahatan rakyat Selangor terpelihara.” 9 April 2014
