VAN MOBILE SELANGOR BEST

88) VAN MOBILE SELANGOR BEST

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan tahunan kepada program Van Mobile Selangor BEST yang dilancarkan pada 9 November 2016?

    #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T (Bring Excellcelent Into Society) merupakan sinergi pintar diantara agensi kerajaan iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui peruntukan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan kehidupan Bandar dengan jumlah tajaan RM 1,000,000.00.

    PPAS telah menerima sejumlah RM 128,000.00 setahun daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk penyelengaraan empat (4) unit #SmartSelangor Mobile Library Selangor B.E.S.T. PPAS tidak mempunyai sebarang peruntukan khas bagi pembayaran Emolumen lapan (8) orang kakitangan, tetapi PPAS telah menggunakan peruntukan sediada daripada kutipan hasil

    • Butiran perbelanjaan mengurus/operasi tahunan mengikut kategori atau kod perbelanjaan adalah sebagaimana berikut:
    BIL BUTIRAN PERBELANJAAN SETAHUN (RM)
    1. EMOLUMEN

    (Gaji, Elaun & Bonus)

     

    RM 279,196.00

    2. PERBELANJAAN MENGURUS ( 4 Unit SML

    Selangor B.E.S.T)

    (Penyelenggaraan, petrol, tol & pencucian )

     

    RM 128,000.00

    JUMLAH PERBELANJAAN RM 407,196.00

     

    • Hakikatnya, perkhidmatan ini mendapat permintaan yang tinggi daripada komuniti kawasan perumahan yang menghadapi kesukaran untuk datang ke perpustakaan, khususnya surirumah ataupun golongan yang tidak mempunyai
    • Perkhidmatan #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T dilengkapi dengan kemudahan WIFI percuma, Komputer riba (laptop) dan multimedia, televisyen, koleksi bahan bacaan dan rujukan tekini, pinjaman dan pemulangan percuma. Kemudahan lain termasuk penyaman udara, bean bag, meja dan kerusi serta motorized awning untuk keselesaan
    • Dengan adanya #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T yang baru, moden, terkini, efektif ,interaktif dan bercirikan mesra pengguna, ianya mampu memenuhi keperluan masyarakat di negeri Selangor sekaligus menyebarkan maklumat terkini kepada penduduk setempat. #Smartselangor Mobile Library- Selangor B.E.S.T ini juga ditambah nilai dari segi perkhidmatan yang disediakan supaya dapat memberi manfaat kepada
    • Secara dasarnya, objektif perkhidmatan #Smartselangor Mobile Library-Selangor

    B.E.S.T ini adalah bagi memberikan tumpuan kepada masyarakat sebagaimana berikut:

    • Meningkatkan sambutan masyarakat kepada pembudayaan membaca dengan kaedah “perpustakaan menemui masyarakat”.
    • Memberikan keutamaan kepada kawasan luar bandar, pelajar sekolah rendah dan menengah, suri rumah, warga emas, pesara, petani dan usahawan.
    • Membantu masyarakat bagi mempertingkatkan kualiti hidup melalui koleksi pembacaan yang terkini, perkhidmatan multimedia dan internet secara percuma.
    • Menjadi tempat alternatif terutamanya kepada golongan remaja dari terlibat dengan gejala sosial. Ini membantu kerajaan Negeri menurunkan kadar jenayah dan gejala
    • Menambah nilai kepada pusat sumber sekolah yang masih belum lengkap dan perluasan perkhidmatan ke kawasan perumahan, jabatan kerajaan, pusat-pusat perniagaan dan taman
    • Statistik #Smartselangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T bagi tahun 2017 adalah sebagaimana berikut:
    #SmartSelangor Mobile Library-Selangor B.E.S.T  

    Mac- Disember 2017

    BIL Mula Beroperasi Pada Mac 2017  

    Keahlian Baru

     

    Pinjaman

     

    Pengunjung

    7.1 Smart Mobile Library 1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ)  

    907

     

    8,271

     

    5,269

    7.2 Smart Mobile Library 2 Majlis Perbandaran Selayang (MPS)  

    679

     

    7,082

     

    3,702

     

    7.3 Smart Mobile Library 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)  

    547

     

    7,088

     

    5,019

    7.4 Smart Mobile Library 4 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)  

    472

     

    2,738

     

    1,259

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.