WABAK DENGGI

199) WABAK DENGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah yang menyebabkan Selangor kekal menduduki rangking pertama dalam senarai kes denggi di Malaysia?

    Antara faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan kes demam Denggi di negeri Selangor adalah seperti berikut:

    1. Kepadatan penduduk iaitu seramai 6.2 juta. Jumlah ini tidak termasuk jumlah pendatang asing yang tidak diketahui bilangannya; dan
    2. Kepesatan pembangunan yang mendorong kepada kewujudan tapak bina yang banyak di sekitar Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.