Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

65) WABAK DENGGI MENULAR DAN KES CHIKUGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan langkah-langkah drastik dan keberprihatinan yang telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam pembasmian nyamuk aedes dan kes Chikugunya di samping penyertaan orang ramai dalam menjaga kebersihan kawasan.

    Bermula daripada 31 Januari 2009, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaksanakan operasi basmi aedes bersepadu pada hujung minggu (31/1/09 – 1/2/09, 14/2/09-15/2/09 dan 28/2/09–1/3/09) melibatkan mobilisasi anggota dari kesemua daerah di Selangor seramai 476 orang, 149 pasukan semburan kabus serta 19 unit ULV. Semasa operasi ini anggota kesihatan melaksanakan kempen “luangkan 10 minit hujung minggu anda”, dan membuat pemeriksaan pembiakan aedes dari rumah ke rumah serta semburan kabus di keseluruhan lokaliti wabak yang telah dikenal pasti. Jabatan Kesihatan juga akan memastikan setiap kes yang dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah akan di buat langkah kawalan iaitu pemeriksaan pembiakan aedes serta semburan kabus di rumah pesakit dan 200 meter sekitarnya dalam masa kurang 48 jam. Terkawal dengan memobilisasi anggota daripada daerah yang kurang kes denggi ke daerah yang tinggi kes denggi iaitu Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.