WARGA ASING
144) WARGA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan terutamanya di kawasan DUN Hulu Bernam?
Pemantauan dan operasi bersepadu bersama dengan jabatan/ agensi penguatkuasaan yang berkaitan akan dilaksanakan dari masa ke semasa untuk mengatasi isu ini. Di samping itu, surat tunjuk sebab akan dikemukakan kepada pemegang lesen jika mereka ddapati menyerahkan lesen perniagaan yang diluluskan diserahkan kepada warga asing. Jika penjelasan yang diterima tidak memuaskan, lesen tersebut akan dibatalkan serta-merta.
