Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

99) WIFI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan yang telah dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI mengikut PBT yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Polisi Merakyatkan Informasi Negeri Selangor

    1. Projek WIFI atau dikenali sebagai “Wireless Selangor” adalah usaha kerajaan negeri memperluaskan kemudahan wayarles jalur lebar (internet broadband) dan  akses  internet (internet accesibility) ke semua kawasan dalam negeri Selangor. Penglibatan Kerajaan Negeri Selangor dan Penyedia Perkhidmatan Internet atau dikenali  sebagai  ISP (Internet Service Provider) di dalam projek ini, membolehkan kemudahan capaian internet tanpa wayar ini akan dinikmati oleh rakyat Selangor dengan PERCUMA. Ini menepati manifesto Kerajaan Negeri untuk menjadi Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

    Terdapat tujuh lokasi yang telah dilengkapi dengan kemudahan capaian WIFI secara PERCUMA oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu seperti berikut:

    • Dataran Shah Alam
    • Kompleks PKNS Shah Alam
    • Seksyen 2 Shah Alam
    • Seksyen 3 Shah Alam
    • Seksyen 9 Shah Alam
    • Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
    • Batang Kali, Hulu Selangor
    • Seksyen 7 Shah Alam,
    • SUK(luaran)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.