Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

36) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penjelasan mengenai WiFi percuma terutama bila dan di mana 2,500 hotspots boleh digunapakai serta perincian perjanjian komersil dengan Telekom Malaysia seperti kos keseluruhan, tempoh kontrak, jenis caj, jenis perkhidmatan, jenis dan hak milik infrastruktur.

    Setakat 15hb Oktober 2015, sebanyak 884 jumlah hotspot yang telah siap dan boleh digunakan dan sasaran sebanyak 1,378 jumlah hotspot akan dapat disiapkan sehingga 30hb Oktober 2015 dan sasaran jumlah 2,500 hotspot dapat disiapkan sehingga akhir tahun 2015 seperti yang telah dibentangkan dalam bajet 2015.

    Kos keseluruhan adalah sebanyak RM65 juta untuk kontrak selama 5 tahun termasuklah kos-kos perkhidmatan sokongan, jaminan perkhidmatan internet, jaminan kelajuan minima internet, dan lain-lain perkhidmatan dan jaminan yang di perlukan untuk tempoh 5 tahun.

    Infrastruktur adalah menjadi hakmilik Telekom Malaysia dan Kerajaan Negeri hanya membayar kos sewaan yang meliputi jaminan perkhidmatan seperti di atas selagi masih di dalam kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.