YAYASAN DAR AL-QARD AL-HASAN SELANGOR (YAQ)

185) YAYASAN DAR AL-QARD AL-HASAN SELANGOR (YAQ)

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif, fungsi dan skim di bawah YAQ?

    1. YAQ ditubuhkan secara rasminya pada 8hb Julai 2010. Objektif utama penubuhan YAQ adalah untuk mengenal pasti golongan sasaran dari kalangan isi rumah miskin untuk diberi peluang meningkatkan kesejahteraan hidup berdasarkan kepada potensi kemahiran dan pengalaman sedia ada. Objektif lain YAQ adalah untuk mengaplikasikan prinsip mikro kredit iaitu pembiayaan tanpa cagaran, tanpa penjamin mahupun tindakan undang-undang serta pembiayaan yang

     

    Fungsi YAQ adalah untuk menjayakan program Merakyatkan ekonomi Selangor di mana pendapatan kerajaan disalurkan semula kepada rakyat terutama kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah.

     

    YAQ mula beroperasi pada Ogos 2010 melalui program pertama YAQ iaitu Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) yang menumpukan pemberian pembiayaan mikro kepada golongan miskin di kawasan luar bandar. Dengan mengadaptasikan Projek Ikhtiar yang kini dikenali sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SKIMSEL memulakan langkah awal dengan membuka pejabat operasi di Daerah Sabak Bernam. Seterus SKIMSEL mengembangkan lagi kawasan operasi ke seluruh daerah di negeri Selangor. Kini SKIMSEL telah beroperasi sepenuhnya di 9 daerah. Bermula Januari 2011 Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor pula memulakan operasi dengan penumpuan kepada golongan miskin di kawasan bandar. Pada tahun 2012 Program Wanita Ladang (WALA) Selangor pula dilancarkan . Program ini memberi tumpuan kepada wanita-wanita di ladang dengan memberikan pendapatan tambahan kepada mereka melalui aktiviti-aktiviti ekonomi. Penubuhan YAQ bukanlah bertujuan untuk menjana pendapatan sebaliknya membantu golongan miskin di negeri Selangor meningkatkan pendapatan isi rumah melalui penyediaan dana berbentuk modal pembiayaan. Secara keseluruhannya YAQ telah beroperasi di

     

    seluruh negeri Selangor dengan golongan sasaran terdiri daripada golongan miskin berpendapatan rendah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.