YAYASAN SELANGOR

160) YAYASAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kedudukan terkini kewangan YS secara perbandingan sejak 5 tahun yang lalu?

    Kedudukan terkini kewangan YS secara perbandingan sejak 5 tahun yang lalu adalah seperti berikut:-

      Audit 2008

    (RM’juta)

    Audit 2009

    (RM’juta)

    Audit 2010

    (RM’juta)

    Audit 2011

    (RM’juta)

    Audit 2012

    (RM’juta)

    Unaudited

    2013

    (RM’juta)

    Pendapatan 166,503 59,386 31,229 43,580 38,247 31,144*
    Perbelanjaan (38,504) (33,678) (36,319) (35,569) (37,863) (36,282)
    Lebihan/(Defisit) 127,999 25,708 (5,090) 8,011 384 (5,138)

     

    • Walau   bagaimanapun,   terdapat   penurunan  pendapatan  operasi    yang disebabkan oleh:
      • Tiada pendapatan sewaan Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang yang masih dalam proses tender dan bangunan telah dikosongkan sejak 2012.
    • Kurangan sewaan Bangunan Kg Baru & Petaling Jaya. Sehingga Februari 2014, Bangunan Kg Baru telah mencapai 75.2% occupancy rate (purata 2013:58.45%).

     

    • Pendapatan usahasama Ladang Pulau Carey juga turut merosot akibat pengurusan tidak cekap oleh syarikat yang dilantik pada tahun 2008. Oleh itu, YS telah mengambil tindakan Mahkamah untuk menamatkan kontrak dengan syarikat terbabit dan menguruskan sendiri ladang tersebut. Melalui perintah mahkamah, YS pernah menguruskan ladang tersebut dengan pendapatan yang lebih lumayan daripada sekarang; iaitu lebih sekali ganda sehingga mencecah RM500,000.00 sebulan. Walaubagaimanapun, pada akhir Disember 2012 mahkamah telah mengenepikan perintah injunksi YS dan pengurusan ladang Pulau Carey diserahkan semula pada syarikat yang dilantik (Agro Segar Sdn Bhd) dan terdapat penurunan harga CPO pada tahun 2013 .

Lampiran

Tiada Lampiran.