Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

221) TABUNG PEMBERHENTIAN PEKERJA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu skim insurans pekerjaan atau satu tabung pemberhentian pekerja di Negeri Selangor untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba akibat syarikat bankrap, pemecatan pekerja atau syarikat berpindah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar dan perancangan Kerajaan Negeri membantu pekerja-pekerja dapat mencari pekerjaan baru jika berlaku perkara di atas?

    Klik jawapan »

222) PEMBINAAN LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan butir-butir kerja pembinaan lebuhraya lembah klang timur (EKVE).

    Klik jawapan »

  2. Berapakah keluasan dan pengambilan tanah hutan simpan yang terlibat dalam projek pembinaan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sehingga kini berapakah peratusan siap dibina?

    Klik jawapan »

223) OPERASI PENGUATKUASAAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL TANPA LESEN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan jumlah tindakan saman dan operasi penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh setiap PBT pada tahun 2016 sehingga setengah tahun 2017 terhadap penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil tanpa lesen berniaga di Pasar Pagi dan Pasar Malam.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap peniaga dan penjaja tanpa lesen yang degil dan ingkar yang melakukan kesalahan berulangan?

    Klik jawapan »

224) KAIN RENTANG BERUNSUR PINJAMAN WANG HARAM DI SETIAP PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan jumlah operasi penguatkuasaan menurunkan kain rentang berunsur pinjaman wang haram di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempoh 6 bulan tahun 2017

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah nombor telefon bimbit telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan susulan boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

225) PEROBOHAN TEMPAT KEDIAMAN PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan atau keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai isu rumah kediaman dua orang pegawai masjid di Lapangan Terbang Subang yang diarahkan oleh Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) diminta untuk mengosongkan kediaman tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat menghulurkan bantuan mencari tapak rumah baru untuk kedua-dua pegawai masjid?

    Klik jawapan »

226) PEMBINAAN 64 BUAH RUMAH KOS RENDAH DAN 4 BUAH KEDAI KOS RENDAH UNTUK BEKAS PEKERJA LADANG SUNGAI BELATA HULU SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan atau keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai sekumpulan seramai 64 bekas pekerja ladang atau waris di Sungai Belata Hulu Selangor yang telah menurunkan tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan Tetuan Syarikat Lembah Beringin S/B anak Syarikat Land and General Bhd pada Tahun 2001, di mana Tetuan Syarikat Lembah Beringin berjanji akan membina 64 buah rumah teres kos rendah, 4 buah kedai kos rendah, kuil, dewan orang ramai, tapak kubur dan sekolah rendah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan jangka masa panjang dan pendek Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur asing masuk ke Selangor?

227) PROJEK MARRIS TAHUN 2016

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan senarai nama projek, lokasi dan jumlah perbelanjaan Projek MARRIS tahun 2016 yang telah digunakan di kawasan DUN Sijangkang, Morib dan Telok Datok.

    Klik jawapan »

228) PERINCIAN PERBELANJAAN KERAIAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Perincian perbelanjaan keraian rumah terbuka oleh Kerajaan Negeri dan/atau anak syarikat Kerajaan Negeri mengikut musim perayaan dari tahun 2014 sehingga 2017 serta anggaran pengunjung yang hadir di setiap rumah terbuka

    Klik jawapan »

229) GARIS PANDUAN KAWASAN KEJIRANAN BERPAGAR (GATED NEIGHBOURHOOD)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Perancangan menggubal satu garis panduan kawasan kejiranan berpagar yang jelas dan seragam untuk seluruh Negeri Selangor supaya tidak menghalang mana-mana komuniti yang mahu mangambil langkah untuk memastikan keselamatan rumah dan keluarga mereka.

    Klik jawapan »

230) KEPERLUAN HOSPITAL AWAM DI KAPAR, KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Perkembangan terkini rancangan membina sebuah hospital awam di Kapar, Klang bagi menampung peningkatan ketara bilangan pesakit di Selangor memandangkan Kerajaan Negeri dilaporkan telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2014.

    Klik jawapan »