Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

231) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Semua permasalahan dalam sebarang bentuk dalam pelaksanaan Skim Mesra Usia Emas dan inisiatif khusus untuk warga emas Selangor yang lain di samping sebarang pelan tindakan untuk menangani semua isu berbangkit secara tuntas dan efektif.

    Klik jawapan »

232) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor terutama pengambilalihan SPLASH dan pencapaian semua tawaran berkaitan air dalam manifesto PRU13 di samping hasil sebarang kajian kebolehlaksanaan penaiktarafan dan/atau penggantian paip saluran air serta tata cara pelaksanaan dan pemantauan

233) DANA MIKRO KREDIT DAN IKS

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Perincian mengenai kesemua institusi mikrokredit dan skim perusahaan kecil dan sederhana Kerajaan Negeri termasuk objektif; industri tumpuan; jenis intervensi; pencapaian berbanding sasaran sejak penubuhan dari segi bilangan penerima, jumlah kredit, kadar pembayaran semula dan sebagainya

    Klik jawapan »

234) LANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH GLC SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Sebarang pelan tindakan menghapuskan atau paling tidak, meminimumkan lantikan politik di Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah di kesemua Anak Syarikat Negeri dan sebaliknya memberi peluang kepada golongan professional dan bekas penjawat awam yang kompeten demi prinsip urus tadbir yang baik

    Klik jawapan »

235) LAPORAN TAHUNAN PRESTASI GLC SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Komitmen Kerajaan Negeri untuk memberi laporan setiap suku tahunan kepada semua ADUN dan membuat pembentangan tahunan dalam Dewan mengenai prestasi strategik, kewangan dan operasi kesemua Anak Syarikat Negeri selari dengan amalan ketelusan dan bertanggungjawaban.

    Klik jawapan »

236) PENGURUSAN PERUMAHAN BERTINGKAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Hasil sebarang tinjauan awal ke atas semua bangunan kediaman bertingkat tinggi di Selangor di samping cadangan merangka pelan tindakan baru bagi mengelakkan risiko bencana seperti kebakaran yang menimpa Grenfell Tower di London baru-baru ini, tanah runtuh atau bangunan tumbang.

237) PEMANTAUAN KERJA PEMBINAAN PROJEK LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Laporan pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap kerja-kerja pembinaan projek Lebuhraya EKVE yang melibatkan tiga hutan simpan di Selangor termasuk Hulu Gombak, Ampang dan Hulu Langat untuk mengekalkan kawasan warisan dunia Banjaran Kuarza Klang Gate.

    Klik jawapan »