Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

191) CAJ TAKSIRAN BAGI TUJUAN AKTIVITI PERTANIAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kadar caj taksiran yang dikenakan bagi aktiviti pertanian di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berserta justifikasi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menimbang semula kadar caj yang dikenakan kepada industri pertanian ini?

    Klik jawapan »

192) SKIM PEMILIKAN TANAH UNTUK KEDIAMAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah proses penukaran tanah jenis pertanian kepada kediaman milik persendirian di bawah "Skim Pemilikan Tanah untuk Rumah Kediaman" semenjak ianya di perkenalkan sehingga kini mengikut Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mempromosikan skim ini kepada Rakyat?

    Klik jawapan »

193) PEMBANGUNAN PAYA INDAH WETLANDS

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembangunan Paya Indah Wetlands oleh Syarikat Gamuda Berhad?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk-bentuk kelulusan yang telah diberikan oleh PBT dan Kerajaan Negeri ke atas pembangunan ini?

    Klik jawapan »

194) PEMBINAAN TANDAS BARU DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Kerja perobohan dan pembinaan tandas baru di Kompleks Sukan Pandamaran telah lama di tangguh. Apakah sebabnya?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butir-butir dan anggaran kos terkini projek tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Bila kerja akan dimulakan dan dijangka siap memandangkan tandas lama dalam keadaan yang sangat teruk.

    Klik jawapan »

195) PERLAKSANAAN PROGRAM INSAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai peserta program INSAN setiap tahun dari tahun 2016 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kos setiap tahun dari tahun 2016 hingga kini untuk melaksanakan program INSAN?

    Klik jawapan »

  3. Berapa ramai perunding terlibat untuk mengendalikan program INSAN?

    Klik jawapan »

196) ISU PENJUALAN SEMULA TANAH KERAJAAN NEGERI DI MUKIM IJOK KUALA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah kewajaran kerajaan negeri memberikan semula tanah yang dirampas sebelum ini daripada Syarikat LBCN Sdn. Bhd sedangkan kes itu didakwa masih lagi dalam proses pertikaian di mahkamah persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pula dengan nasib peneroka asal tanah berkenaan?

    Klik jawapan »

197) PROSES PEWARTAAN TAPAK RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah bilangan tapak rumah ibadat selain Islam yang telah diluluskan sejak 2009 mengikut pecahan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri sehingga terpaksa mengambil tempoh yang terlalu lama untuk kelulusan pewartaan.

    Klik jawapan »

198) PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH KAWASAN DAN BANGUNAN SEKOLAH RENDAH (SRA) DAN MENENGAH AGAMA (SMAK) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan dan baki peruntukan bagi tahun 2017?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk penyelenggaraan dan baik pulih yang telah dilaksanakan di DUN Meru bagi tahun 2017? Senaraikan

    Klik jawapan »

  3. Apakah permohonan baik pulih dataran himpunan dan menambah baik pagar keselamatan di bawah peruntukan sama?

    Klik jawapan »

199) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan syarikat,nilai, tempoh kontrak serta lokasi pemasangan CCTV untuk mencegah jenayah mengikut pecahan PBT di Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Selangor akan menambahkan bilangan CCTV sedia ada di setiap PBT bagi tujuan pencegahan jenayah dan kawalan trafik?Jika ya,senaraikan ikut pecahan PBT.

    Klik jawapan »

200) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perlaksanaan pemantauan secara real-time melalui aplikasi iClean Selangor yang menelan belanja sebanyak RM45juta pada tahun 2017?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana keberkesanannya dalam mengurangkan masalah kontraktor sisa pepejal yang lemah di MBPJ?

    Klik jawapan »