Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

11) JALAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kod nombor dan panjang jalan kesemua jalan Persekutuan di Selangor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya serta perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang.

    Klik jawapan »

12) ASET KERAJAAN SELANGOR DI KUALA LUMPUR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua aset dan hartanah yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor serta anak-anak syarikatnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan apakah penjanaan keuntungan daripada aset-aset ini?

    Klik jawapan »

13) KELULUSAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah permohonan di bawah S.76 Kanun Tanah Negara yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sejak tahun 2008 sehingga sekarang mengikut tahun, keluasan tanah dan kategori kegunaan tanah

    Klik jawapan »

14) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA PAPAN TANDA IKLAN DAN PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senarai jumlah permohonan di bawah S.65 Kanun Tanah Negara yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk kegunaan papan tanda iklan dan pondok pegawal keselamatan serta jumlah fi yang telah dibayar sejak tahun 2008.

    Klik jawapan »

15) KELULUSAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada parti-parti politik sejak tahun 1980 sehingga 2008 dengan maklumat tentang saiz, kategori kegunaan tanah, jenis hakmilik, tempoh pajakan, nama pemiliknya serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.

    Klik jawapan »

16) KELULUSAN HAKMILIK TANAH KEPADA MARA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada Majlis Amanah Rakyat serta anak-anak syarikatnya dengan maklumat tentang saiz, jenis hakmilik, tempoh pajakan, kategori kegunaan tanah serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.

    Klik jawapan »

17) SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk program Peduli Siswa. Berapa ramai permohonan yang telah diterima dan diluluskan sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

18) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk membantu 25 sekolah mubaligh dan lima sekolah SMJK di Selangor. Senaraikan permohonan yang telah diterima serta amaun yang telah diluluskan untuk setiap satu permohonan tersebut.

    Klik jawapan »

19) ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan pesalah yang telah didakwa di mahkamah syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sejak tahun 2008 mengikut tahun dan jenis kesalahan yang dilakukan.

    Klik jawapan »

20) PERKAHWINAN REMAJA PEREMPUAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan perkahwinan yang didaftarkan di Selangor yang melibatkan remaja perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah dan di antara 16 tahun hingga 18 tahun.

    Klik jawapan »