Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

41) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan mahkamah terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan cadangan Kerajaan Negeri terhadap Projek Pembesaran Kg Melayu Rasa yang terbengkalai selepas PKNS memaklumkan kepada pembeli-pembeli rumah bahawa PKNS tidak akan membaikpulih projek tersebut.

    Klik jawapan »

42) ISU PEMBERIMILIKAN TANAH FELCRA MUKIM SERENDAH, HULU SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kronologi pemberimilikan tanah seluas 172 ekar yang asalnya FELCRA di Lot 1941 Mukim Serendah, Hulu Selangor sehingga kini

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri yang boleh ambil memandangkan 93 peserta FELCRA yang berusaha di Lot 1941 Mukim Serendah, Hulu Selangor dari tahun 1988 hingga 1995 belum mendapat bayaran penuh mengikut satu persetujuan yang dikehendaki oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kertas Bil 5/97)?

    Klik jawapan »

43) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA DI HULU SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan tempat-tempat yang telah dipasang wifi percuma oleh Kerajaan Negeri di Hulu Selangor secara terperinci mengikut kawasan DUN.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memasang wifi percuma di Lembah Beringin memandangkan penduduknya semakin bertambah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Klik jawapan »

44) STESEN KOMUTER DI HULU SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kelulusan permohonan yang diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengutip bayaran parkir di Stesen Komuter Serendah dan Stesen Komuter Batang Kali secara terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan tindakan MDHS terhadap KTMB yang tidak mematuhi syarat atau kadar yang ditetapkan seperti dalam kelulusan parkir berbayar swasta di Stesen Komuter Serendah dan Stesyen Komuter Batang Kali.

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan cukai taksiran semasa dan tunggakan stesen-stesen komuter di Hulu Selangor secara terperinci.

    Klik jawapan »

45) GERAN TANAH UNTUK SJKC DAN SJKT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan SJKC dan SJKT yang telah mendapat geran tanah daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008. Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

46) KOLEJ DAN UNIVERSITI MILIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan peruntukan yang disalurkan kepada kolej dan universiti milikan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan kolej seperti Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) bagi membantu golongan muda di daerah yang lain? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

47) PEMBANGUNAN ‘PASAR RAKYAT’

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan 'Pasar Rakyat' yang telah dan akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi memasarkan pengeluaran produk dan hasil tani tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada PBT untuk mewujudkan 'Pasar Rakyat'? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti lokasi 'Pasar Rakyat' di Hulu Selangor?

    Klik jawapan »

48) MASALAH PERKHIDMATAN AIR SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah benar projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu berhenti kerja hampir satu bulan pada satu ketika dan kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah benar projek perumahan Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu Bharu mengambil masa yang panjang untuk mendapat ulasan Air Selangor bagi tujuan CCC? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya

    Klik jawapan »

49) PEWARTAAN KUALA KUBU BHARU SEBAGAI WARISAN NEGARA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan tempat-tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewartakan pekan Kuala Kubu Bharu sebagai warisan negara.

    Klik jawapan »

50) KUTIPAN HASIL DAN PERBELANJAAN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah kutipan sebenar yang terkini berbanding dengan kutipan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PBT.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan sebenar yang terkini berbanding dengan perbelanjaan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PBT

    Klik jawapan »