Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
1) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan ladang-ladang dan projek PKPS yang mencatat keuntungan dan kerugian?
-
Sila senaraikan projek usaha sama PKPS yang mencatat keuntungan dan kerugian sejak 3 tahun yang lepas?
-
Apakah perancangan PKPS secara holistik dalam memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor?
2) FENOMENA PERTEMBUNGAN MAZHAB YANG SEMAKIN BERKEMBANG DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah punca?
-
Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap fahaman Salafi, As-Syaierah dan Wahabi?
-
Apakah tindakan bagi memperkukuh kefahaman aqidah Ahlussunnah di kalangan masyarakat muslim di Selangor?
3) PROGRAM WANITA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan berhasrat untuk merangka program atau skim bagi membantu ibu tunggal dari sudut ekonomi di Selangor?
-
Apakah pendekatan menggalakkan hidup seimbang (work life balance) dalam kalangan ibu bekerja agar mereka dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi di samping memenuhi keperluan keluarga?
4) TIADA CUKAI TAKSIRAN BAGI RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagaimana program ini dapat merangsang perkembangan ekonomi Selangor?
-
Berapakah jumlah kehilangan pendapatan bagi semua PBT seluruh Selangor?
-
Bagaimana PBT mahu menampung kehilangan pendapatan ini?
5) PENYELENGGARAAN BAS SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk menyelenggara Bas Selangorku pada tahun 2015?
-
Nyatakan secara terperinci syarikat yang dilantik untuk menyelenggara Bas Selangorku?
6) AGIHAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelajar ke IPTA dan IPTS yang menerima Biasiswa Kerajaan Negeri di dalam tahun 2009 hingga 2015?
-
Berapakah nilai Biasiswa Kerajaan Negeri yang dibelanjakan dalam tempoh tersebut?
7) BEKAS PEKERJA LADANG SUNGAI BELATA HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu bekas pekerja Ladang Sungai Belata yang ditipu oleh pemaju pada 23 tahun yang lepas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan penipuan terhadap pekerja ladang sedemikian tidak berulang lagi?
8) SAMPAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkan sampah yang dikutip setiap bulan oleh PBT-PBT di Selangor?
-
Berapa banyakkah pusat pelupusan sampah yang beroperasi di Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi membantu mengatasi masalah pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?
9) PROGRAM BANTUAN MAKANAN ASAS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Program Bantuan Makanan Asas akan dilaksanakan?
-
Apakah syarat-syarat layak dan kaedah perlaksanaannya?
10) PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Kawasan Bukit Jugra dan Kampung Bandar terdapat banyak produk pelancongan. Seperti Muzium Insitu Jugra,rumah api Jugra,Istana Lama Alaedin dan tapak sukan para gliding di Bukit Jugra.
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan produk-produk pelancongan tersebut?