Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
151) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan sepertimana janji manifesto?
-
Sila perincikan semua Mesyuarat MMKN atau MTES yang pernah membincangkan perkara ini.
152) USAHA MENINGKATKAN TEKNOLOGI PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sedar bahawa teknologi pertanian di Malaysia, termasuk di Selangor masih ketinggalan berbanding di Thailand, seperti penanaman mangga, anggur, tamar, dll
-
Jika ya, adakah Kerajaan bercadang untuk meniru/ memindahkan teknologi pertanian dari Thailand
153) INDUSTRI HALAL SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan Halal International Selangor (HIS) untuk pembangunan Industri Halal di Selangor?
154) PERLOMBONGAN PASIR LAUT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan perlombongan pasir laut yang masih aktif di Selangor?
-
Berapakah jumlah pendapatan Kerajaan Negeri dari royalti pasir laut pada 2015?
155) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah sistem tender terbuka digunapakai bagi kontrak Bas 'Smart Selangor'?
-
Adakah kajian teliti dibuat sebelum menentukan laluan Bas 'Smart Selangor'?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan perkhidmatan Bas 'Smart Selangor' di semua Majlis Daerah pada tahun 2016. Jika ya, nyatakan butirbutirnya
156) PENYELENGGARAAN DAN PENURAPAN JALAN-JALAN KAMPUNG SERTA JALAN-JALAN DI TANAH LOT PERSENDIRIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan penurapan jalan kampung dan jalan di tanah lot persendirian di seluruh Negeri Selangor?
157) PROGRAM 2500 HOTSPOT WIFI SELANGORKU 2015
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini lokasi telah siap pasang dan guna?
-
Senaraikan lokasi dicadangkan mengikut DUN dan lulus?
-
Bilakah tempoh akhir pemasangan dan guna dapat siap sepenuhnya?
158) PRESTASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek PKNS dan anak syarikatnya serta status pelaksanaan pada tahun 2015?
-
Nyatakan nilai dan keuntungan dari projek-projek tersebut?
159) KESAN TPPA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah persiapan GLC kerajaan negeri untuk menghadapi perlaksanaan TPPA?
-
Sejauh manakah impak terhadap GLC kerajaan negeri yang dijangkakan setelah perlaksanaan TPPA?
160) PEMBANGUNAN DI PESISIR PANTAI SUNGAI LANG SABAK BERNAM SEBAGAI KORIDOR BARU PEMBANGUNAN EKONOMI LUAR BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri telah ada keputusan tentang konsep pembangunan yang akan dijalankan?
-
Berapakah jumlah syarikat-syarikat yang berminat untuk membangunkannya dan apakah bentuk dan jenis pembangunan bagi syarikat-syarikat tersebut?