Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
251) DERMASISWA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah pemberian dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar masih diteruskan dan berapakah jumlah?
252) CUKAI IKLAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kutipan cukai pengiklanan pada tahun 2015 mengikut PBT
-
Berapakah kadar cukai yang dikenakan untuk pemasangan iklan di Selangor?
253) PENURAPAN JALAN KAMPUNG DENGAN MARRIS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan membenarkan penggunaan MARRIS untuk baiki dan turap jalan-jalan kampung di mana status tanah keseluruhan ialah pertanian?
-
Apakah status permohonan menggunakan MARRIS untuk turap Kampung Sungai Sedu, Sungai Manggis, Telok Datok dan Kampung Fatimah Tahun 2016?
254) MASALAH PENGANGGURAN DAN GALAKAN BELIA-BELIA MENCEBUR DIRI DALAM PERNIAGAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang mengadakan lebih banyak ruang perniagaan dalam kawasan PBT untuk golongan belia mencebur diri dalam bidang perniagaan?
-
Jika ya, nyatakan tempat-tempatnya
-
Jika tidak, apakah rancangan alternatif untuk mengatasi masalah pengangguran dan tekanan hidup mereka pada masa ini?
255) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan KHSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015?
-
Adakah prestasi kewangan tersebut terbaik sejak KHSB ditubuhkan?
256) PUSAT HIBURAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah bilangan Pusat Hiburan yang beroperasi secara sah di semua PBT ?
-
Sila nyatakan jumlah Pusat Hiburan yang beroperasi secara haram di semua PBT ?
-
Sila nyatakan apakah keberkesanan Dasar Zon Hiburan bagi mengawal selia aktiviti hiburan ?
257) CADANGAN DAN KELULUSAN PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN MERUDENGAN PERUNTUKAN RM1 JUTA OLEH MPK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah respons balas dan tindakan lanjut pejabat tanah dalam status tanah tersebut?
-
Bagaimanakah status binaan kecil di atas tanah tersebut?
-
Apakah reka bentuk atau konsep kompleks pembinaan tersebut? bentangkan dan perincikan
258) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Water Resources, Supply Demand and Distribution Study For Selangor akan dimulakan dan bilakah ianya dijangka dapat disiapkan?
-
Apakah butiran utama kajian tersebut yang bertujuan memastikan kelestarian bekalan air mentah dan air terawat dalam tempoh 50 tahun yang akan datang?
259) ZIKA DAN DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Penyakit denggi dan zika semakin mengancam kesihatan penduduk Selangor. Mengapakah Kerajaan Selangor masih belum menetapkan satu pelan tindakan induk bagi menghapuskan atau mengurangkan kes denggi dan hotspot secara drastik?
260) MITIGASI BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah parit dan longkang yang lama dan telah mengalami kerosakan dan tidak dapat menampung ?
-
Berapakah jumlah yang telah diperuntukkan untuk MPK memastikan parit dan jalan dalam keadaan bersih dan berfungsi bagi mengelak banjir kilat?