Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
61) NYAMUK AEDES & KESIHATAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan dan strategi Kerajaan Negeri untuk menangani penyakit denggi dan zika yang dibawa oleh nyamuk aedes?
-
Apakah peruntukan kewangan Kerajaan Negeri untuk tahun 2016 untuk tujuan ini, berbanding tahun 2015?
-
Adakah PBT memberi kerjasama yang diperlukan?
62) KEKERAPAN JADUAL SISTEM PEMBERSIHAN TERHADAP TASIK-TASIK YANG TELAH DIKENALI SEBAGAI TAMAN REKREASI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kekerapan jadual sistem pembersihan terhadap tasik-tasik yang telah dikenali sebagai taman rekreasi?
63) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan kawasan PBT yang telah melaksanakan perkhidmatan tersebut sehingga Feb 2016.
-
Apakah keberkesanan program tersebut?
-
Adakah Kerajaan mengkaji semula waktu perjalanan dan laluan memandangkan ia merupakan persaingan kepada pengusaha teksi dan bas swasta?
64) TANAH MILIK KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci keluasan terkini tanah milik Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor mengikut Daerah?
-
Nyatakan jumlah cukai yang harus dibayar kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2015?
65) DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan langkah agresif bagi membendung penularan denggi yang kini semakin membimbangkan di Selangor?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Selangor berkenaan bahaya denggi pada tahun 2015?
66) PEMBAYARAN FAEDAH SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima faedah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi seluruh Negeri Selangor dalam tahun 2015?
67) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek rumah Selangorku yang telah siap dibina secara terperinci seperti jumlah unit, unit yang belum dijual dan sebagainya
-
Adakah pemaju menghadapi masalah menubuhkan JMB bersama pemilik rumah Selangorku? Jika ya, nyatakan butir-butirnya dan cara mengatasinya
68) PENURAPAN JALAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Terdapat jalan-jalan yang diturap rosak dengan begitu cepat, apakah jaminan kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi?
-
Apakah kontraktor yang berbuat demikian akan disenaraihitamkan?
-
Berapakah jumlah kontraktor yang telah diambil tindakan berkaitan penurapan jalan sepanjang tahun 2014 hingga 2015?
69) PENGURUSAN AIR BAWAH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan air setelah pengambilalihan oleh kerajaan Selangor daripada Syabas?
-
Apakah penambahbaikan yang berlaku bawah pengurusan yang baru?
70) HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan meningkatkan jumlah hadiah daripada RM1000?
-
Adakah kerajaan akan memberikan hadiah kepada pemohon ijazah yang pernah menerima Hadiah IPT semasa diploma?
-
Sejauh manakah pertimbangan kerajaan untuk memberikan Hadiah IPT kepada pemohon yang melanjutkan Master dan PhD?