Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
81) DALAM PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2016 DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR MENGUMUMKAN SHAH ALAM SEBAGAI KOTA SENI DAN KOTA ANAK MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan MBSA untuk menjadikan Shah Alam Kota Seni?
-
Apakah langkah-langkah MBSA untuk menjadikan Shah Alam Kota Anak Muda?
-
Berapa Bajet disediakan untuk usaha-usaha ini?
82) KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal bekas Pekerja Ladang?
-
Senarai Bantuan yang dilaksanakan untuk membantu bekas pekerja ladang pada tahun 2015?
83) INDUSTRI PASIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lombong-lombong pasir yang masih aktif di Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang kes kecurian pasir di Selangor?
84) TASKA DAN NURSERI DI TEMPAT KERJA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan premis-premis Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan taska dan nurseri.
-
Apakah bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pihak swasta menyediakan nurseri kanak-kanak untuk warga kerja mereka?
-
Apakah kadar perbandingan antara agensi Kerajaan dan swasta yang menyediakan kemudahan nurseri?
85) PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang pada tapak yang disediakan di Bandar Baru Salak Tinggi?
86) MASIH BANYAK TERDAPAT PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG BEROPERASI MASIH BELUM MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ATAU SIJIL HALAL DARI JAIS DAN JAKIM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan premis ini beroperasi dengan bersijil?
-
Apakah JAIS mempunyai cukup keupayaan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan syarat bagi premis yang telah mempunyai sijil halal?
87) PERGANTUNGAN PENDAPATAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pergantungan pendapatan Kerajaan Negeri kepada hasil tanah dan apakah tempoh perancangan tersebut?
88) PERALATAN PWB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos yang telah dikeluarkan untuk pembiayaan pembelian peralatan kepada setiap PWB? Sila nyatakan setiap DUN dan jenis peralatan
-
Apakah ada pemantauan khas terhadap peralatan ini dari pihak Kerajaan Negeri Selangor? Apakah status terkini?
-
Berapakah jumlah permohonan peralatan yang belum dipenuhi?
89) BEKALAN BENIH KELAPA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sedarkah Kerajaan Negeri bahawa permintaan benih kelapa semakin meningkat tetapi benih kelapa matag sukar diperolehi?
-
Apakah langkah yang perlu diambil untuk memenuhi permintaan?
90) HASIL GALIAN DAN MINERAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendapatan kerajaan yang berkaitan industri pasir di Selangor?
-
Berapa syarikatkah yang dibenarkan (berlesen) beroperasi untuk tujuan pengeluaran pasir di Selangor?