Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
111) DEKLARASI ASET
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan deklarasi aset terkini Menteri Besar dan EXCO-EXCO Kerajaan Selangor.
-
Sila kemukakan deklarasi aset terkini pegawai-pegawai kerajaan bertaraf gred 48 dan ke atas yang berkhidmat di Selangor
112) PERUNTUKAN TURAP JALAN DI DAERAH KUALA LANGAT BAWAH JABATAN KERJA RAYA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah wang dibelanjakan, nama dan lokasi jalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya yang telah menerima peruntukkan untuk diturap dan dinaikkan taraf di DUN Telok Datok , Morib dan Sijangkang sejak Tahun 2015 sehingga terkini.
113) SUKAN DAN REKREASI BAGI ANAK-ANAK OKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi bagi kanak-kanak OKU?
-
Senaraikan kemudahan-kemudahan ini jika ada?
-
Berapakah peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemudahan ini bagi tahun 2016?
114) KEMUDAHAN SUKAN YANG TELAH DILULUSKAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kemudahan sukan serta nilai kos yang telah berjaya disediakan oleh kerajaan sejak 2013 mengikut DUN.
-
Senaraikan kriteria prioriti kelulusan peruntukan oleh Kerajaan Negeri.
115) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan dan perbelanjaan mengikut jenis bantuan dari tahun 2013-2015.
-
Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak mengikut jenis bantuan dan pecahan kaum dari tahun 2013-2015?
116) PENGANGKUTAN AWAM DI LUAR BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam di kawasan luar bandar?
-
Adakah Kerajaan Negeri ada melakukan kajian berkenaan keperluan pengangkutan awam di kawasan luar bandar?
117) PERTANIAN MODEN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pertanian moden di Selangor?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun 2015 untuk pertanian moden?
118) MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi kewangan MDKS pada tahun 2014 & 2015?
-
Senaraikan Ahli Majlis terkini dan parti yang diwakili.
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan Ahli Majlis MDKS pada tahun 2014 & 2015.
119) JAWATANKUASA PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (JPPT)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci peranan JPPT dan keanggotaannya
-
Berapakah jumlah kes yang telah diselesaikan oleh JPPT dari tahun 2014- 2015?
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada JPPT dari tahun 2014-2015.
120) PRESTASI KEWANGAN DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan DEIG yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015?
-
Apakah perancangan untuk memperbaiki prestasi kewangan DEIG?