Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
151) PEMBANGUNAN DI BIO BAY
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri di Bio Bay?
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk membangunkan Bio Bay.
-
Nyatakan secara terperinci syarikat yang bersetuju untuk melabur di Bio Bay?
152) STATUS DATARAN NIAGA DAERAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan dataran niaga?
-
Berapakah jumlah kos untuk membina dataran niaga tersebut?
-
Apakah fungsi dataran niaga setiap daerah diwujudkan berbanding bazar tani?
153) ANAK MUDA TERCICIR PELAJARAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda yang tercicir dalam pelajaran?
-
Apakah program yang telah dilaksanakan untuk membantu anak muda tersebut pada tahun 2015?
154) MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan MPKJ pada 2015
-
Nyatakan jumlah hasil kutipan cukai pintu MPKJ dari 2013-2015.
-
Mohon menyatakan senarai Ahli Majlis MPKj sesi 2016-2017 seluruh Hulu Langat.
155) NAIK TARAF JALAN (B19) SUNGAI LALANG-HULU SEMENYIH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor dipohon mempertimbangkan untuk menaiktaraf Jalan Sungai Lalang-Hulu Semenyih kepada Jalan Perindustrian kerana sering rosak akibat kenderaan-kenderaan berat.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh MPKj untuk mengatasi kekerapan kerosakan jalan dan kemasukan kenderaan berat ke kawasan industri di sepanjang jalan tersebut dan mengurangkan gangguan kepada penduduk di situ?
-
Bolehkah PBT mempertimbangkan supaya kenderaan berat yang masuk ke kawasan industri di sepanjang Jalan Sungai Lalang hanya dibenarkan menggunakan jalan tersebut pada waktu yang dihadkan sahaja bagi mengurangkan gangguan kepada perjalanan penduduk sekitarnya?
156) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek, peluang pekerjaan ditawarkan dan nilai pelaburan pada tahun 2015 mengikut daerah
-
Nyatakan insentif atau ganjaran yang diberikan kepada pelaburan tersebut
157) KEBERKESANAN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Butiran terperinci semenjak 2014 termasuk jumlah dana yang digunakan untuk menjayakan kesemua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), bilangan penerima dan senarai program baharu, jika ada
158) DEKLARASI ASET
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan akan melaksanakan Deklarasi Aset bagi semua Ahli Dewan Negeri Selangor? Bilakah ia akan dilaksanakan?
159) JALAN PERSEKUTUAN FT54 SUNGAI BULOH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah JKR dapat mengadakan suatu pembahagi jalan bagi kawasan hadapan Shell Jalan Sungai Buloh memandangkan ia sering berlaku kemalangan ?
-
Bilakah JKR dapat mengadakan lampu jalan di hadapan stesen Caltex memandangkan ia amat gelap ketika waktu malam?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kesesakan trafik yang melampau di FT54 pada hari pasar malam?
160) ISU TAPAK SURAU DAN MASJID
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status permohonan pengambilan tanah sebagai tapak masjid di Kampung Melayu Sungai Buloh?
-
Apakah status permohonan pengambilan tanah bagi surau At Taqwaniah di Kampung Paya Jaras Hulu?
-
Apakah Kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan naik taraf surau kepada masjid bagi Kampung Matang Pagar?