Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
161) DEIG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan perkembangan terkini aktiviti perniagaan dan pelaburan DEIG
-
Senaraikan semua anak syarikat DEIG, serta pengarahnya
-
Adakah DEIG atau mana-mana anak syarikatnya dibenarkan mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan?
162) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana baki peruntukan yang tidak habis diguna bagi kewangan tahunan?
-
Berapakah peruntukan program yang telah dibelanjakan? Senaraikan setiap DUN.
-
Berapakah had bagi setiap penyelia mengeluarkan peruntukan tersebut? Nyatakan.
163) PWB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambahkan peruntukan tambahan kepada PWB di setiap DUN?
164) ISU BANJIR KILAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kepada banjir kilat di kawasan DUN Sungai Pelek, di mana projek pembangunan terutama projek JPS tiada token dalam buku bajet. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
165) DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Pelan Pencegahan dan Kawalan denggi telah dilengkapkan? Sila nyatakan pelannya
-
Senaraikan DUN yang telah melaksanakan program yang telah dibuat melalui peruntukan EXCO sebanyak RM10 ribu seperti yang dibentangkan dalam belanjawan yang lepas
-
Sila nyatakan kesan dari program ini
166) KES KEHILANGAN DAN KEMATIAN PENDAKI DI HUTAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kes kehilangan dan kematian pendaki di hutan kawasan Selangor mengikut lokasi sejak 2013
-
Apakah tindakan untuk mengelakkan kes-kes tersebut berlaku?
167) PEKERJA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor memiliki statistik pekerja asing di Negeri Selangor dan apakah kesan kehadiran pekerja asing kepada masyarakat setempat dari segi masalah sosial, pengurusan sampah, penyakit berjangkit dan wabak?
168) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015 untuk program bantuan SJK(T)
-
Berapakah jumlah sekolah yang telah dibantu di bawah program bantuan SJK(T) setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015
169) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Institut Darul Ehsan (IDE) telah ditubuhkan? Sila bekalkan carta organisasi, senarai lembaga pengarah, elaun dan gaji serta butiran-butiran lain
-
Bagaimanakah IDE akan membelanja RM 5 juta yang diperuntukkan?
-
Apakah yang telah dibuat dan dicapai oleh IDE? Sila huraikan
170) PESURUHJAYA BANGUNAN PETALING JAYA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pertikaian yang telah, masih belum dan sedang diselesaikan oleh Pesuruhjaya Bangunan Petaling Jaya pada tahun 2015?
-
Bagaimana jawatan Pesuruhjaya Bangunan dilantik di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)?