Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
211) PERBELANJAAN PENERBITAN AKHBAR SELANGORKINI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon menyatakan jumlah kos yang dibelanjakan setiap minggu untuk menerbit dan mengedar akhbar Selangorkini.
-
Agensi atau jabatan mana yang bertanggungjawab menguruskan penerbitan akhbar berkenaan?
212) KEBERSIHAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pelan tindakan segera dan jangka panjang oleh Majlis Perbandaran Klang dan semua pihak berkuasa berkenaan lain bagi menyelesaikan isu pembuangan sisa pepejal secara haram yang semakin meruncing di perairan Pelabuhan Klang terutama di sekitar Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara (North Port).
213) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah kesan pemasangan 2,500 hotspots WiFi Smart Selangor kepada rakyat? Senaraikan 2,500 hotspots mengikut DUN.
214) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program JOM Shopping bagi peserta SMUE sudah tidak diadakan?
-
Apakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan bayaran RM500.00 kepada peserta SMUE sementara baki RM2,000.00 dibuat kepada keluarga waris selepas kematian?
-
Berapakah bilangan peserta SMUE sehingga bulan Disember 2015 ?
215) SKIM RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pembeli Rumah Selangorku yang diluluskan dan berjaya mendapatkan pinjaman bank?
-
Berapakah pembeli Rumah Selangorku yang diluluskan tetapi tidak berjaya mendapatkan pinjaman bank?
216) KOREKAN PENGELUARAN TANAH MERAH DI KG BUKIT KERAYONG, KG BUKIT KAPAR DAN KG BUKIT CHERAKAH JAYA DUN MERU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Adakah disyaratkan had kuantiti, keluasan, kedalaman tanah dan tempoh masa setiap permit dikeluarkan?
-
Senaraikan setiap permohonan yang mendapat permit atas lot persendirian dan rizab jalan sejak tahun 2008 hingga 2016
-
Bagaimanakah dikenalpasti pemindahan tanah berpermit?
217) KEMPEN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap kesihatan rakyat Selangor semenjak kempen ini dilaksanakan?
-
Apakah kayu ukur yang digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan kempen ini?
218) PROJEK RUMAH PPR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mohon Kerajaan Negeri memberikan data, berapakah jumlah projek rumah PPR yang telah dan sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah mendaftar sebagai pemohon?
-
Berapakah yang telah diluluskan permohonannya?
-
Adakah terdapat unjuran keperluan rumah PPR di kawasan tertentu?
219) PEMBERIAN KONTRAK DAN BEKALAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah bilangan kontrak yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun, dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Dari jumlah bilangan kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor, berapa kontrak dan bekalan diberi kepada syarikat bumiputera dan juga bukan bumiputera?
220) TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan syarikat-syarikat dari negara TPP yang melabur di Negeri Selangor, nyatakan jenis peniagaan/projek dan nilai pelaburan.
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memitigasi risiko bab Investor-state dispute settlement (ISDS) di TPPA?