Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
71) RANCANGAN PEMBANGUNAN DI HULU LANGAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon maklumat senarai kelulusan pembangunan seperti taman-taman perumahan, hotel mewah, kondominium dan lain-lain yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang di Daerah Hulu Langat sejak 2008
-
Nyatakan hasil kajian impak lalu-lintas dan jumlah kenderaan terkini di i. Jalan Semenyih Ð Seremban ii. Jalan Batu 9 ke Hulu Langat sebelum meluluskan sesuatu pembangunan
-
Apakah faktor-faktor yang diambil kira sebelum sesuatu kelulusan pembangunan diluluskan?
72) HARTA PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai harta tunai dan bukan tunai PNSB serta anak syarikatnya
-
Senaraikan penjualan aset dalam dan luar negara milik PNSB dan subsidiarinya pada tahun 2015
-
Nyatakan tarikh, pembeli, harga, tender terbuka/penjualan terus dan butiranbutiran lain penjualan tersebut
73) PERBELANJAAN PERUNTUKAN DUN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Butiran terperinci perbelanjaan peruntukan bagi DUN Pelabuhan Klang oleh penyelaras DUN bagi tahun 2014, 2015 dan tiga bulan pertama 2016
74) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai peserta yang telah mengikuti program Pembangunan Usahawan di bawah PKNS dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program ini dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Apakah usaha PKNS untuk meningkatkan program ini?
75) KAJIAN PEREMAJAAN BANDAR (URBAN REGENERATION)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kajian berkaitan perlaksanaan Peremajaan Bandar (Urban Regeneration)?
76) PASAR MALAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah MPS dapat mengubah lokasi pasar malam di Kampung Melayu Sungai Buloh ke suatu tempat yang baru kerana kesesakan yang melampau?
-
Apakah MBSA dapat mengubah lokasi pasar malam di Kampung Paya Jaras Tengah ke suatu tempat yang baru kerana kesesakan yang melampau di jalan utama FT54?
-
Mengapakah Pihak Berkuasa Tempatan masih membiarkan aktiviti ÒramboÓ secara berleluasa sedangkan mereka adalah dari kalangan pendatang asing tanpa izin?
77) LANGKAH YANG DIAMBIL KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah denggi selain gotong royong atau fogging?
78) JAWATAN DI PWB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah struktur PWB? Sila nyatakan KPI bagi setiap jawatan di dalam struktur ini?
-
Bagaimanakah prestasi setiap penjawat ini di ukur?
-
Apakah bimbingan dan kursus yang diberikan kepada mereka? Sila nyatakan program dan jumlah kewangan yang diperuntukkan
79) HAK MILIK INDIVIDU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini mengenai diskaun bumiputera dan penalti bagi projek Lake Edge Puchong?
-
Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Pakatan Perakbina Sdn. Bhd. atas kegagalan memenuhi syarat tersebut?
-
Bilakah jangka masa pemberian hak milik individu atas nama pembeli harta akan diselesaikan dengan sepenuhnya?
80) PERBANDARAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berikutan proses perbandaran yang turut memberi kesan kepada budaya dan identiti kampung tradisi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memelihara nilai-nilai tradisi ini sebagai warisan yang bukan sahaja wajar diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga penting dalam membangunkan sektor pelancongan negeri?