Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
1) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan terkini pembinaan RMM Selangorku.
-
Sila nyatakan apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi.
-
Sila kemukakan perbandingan harga dan proses pembinaan Rumah Selangorku dengan RMM PRIMA di Negeri Selangor.
2) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bas Smart Selangor yang telah beroperasi dan nyatakan laluan yang terilibat.
-
Berapakah kos operasi yang telah dibelanjakan sehingga akhir Jun 2016?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk terus menyediakan pekhidmatan bas Smart Selangor ini secara percuma?
3) MENANGANI ISU BANJIR DI KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah cadangan untuk menaiktaraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Merbau, Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat?
-
Apakah status pemantauan yang dilakukan terhadap projek MRT yang didapati sebagai antara punca banjir di Kajang?
4) BANTUAN SMART SELANGOR FOOD STAMP
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah program ini dapat membantu usaha pembasmian kemiskinan rakyat Selangor?
-
Berapakah kos pengurusan berbanding kos sebenar bantuan keperluan asas yang diterima oleh penerima?
-
Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan bagi program ini?
5) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rundingan bersama SPLASH?
-
Apakah faktor penyebab proses rundingan mengambil masa yang panjang?
6) AJARAN SESAT MILITAN ISLAMIC STATE (IS)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan Ahli Islamic State tidak sebarkan konsep jihad atas nama Agama Islam Demi kestabilan ekonomi negeri ?
-
Adakah Kerajaan Negeri setuju tindakan PDRM menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (pindaan dan pemeluasan) 2013 dalam tangkapan Ahli Militan IS?
7) RIZAB KEWANGAN PBT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah rizab dan prestasi kewangan setiap PBT di Selangor pada tahun 2013, 2014 dan 2015?
8) PROJEK JAMBATAN KE 3 KLANG FASA 2
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek fasa ke 2 Jambatan ke 3 Klang bermula?
-
Berapakah kos yang diluluskan oleh kerajaan negeri?
9) SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah menerima sumbangan dan jumlah yang diterima dari Kerajaan Negeri Selangor dari 2008 sehingga kini.
10) PELUANG PEKERJAAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelabur-pelabur di Selangor pada tahun 2016.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah peluang pekerjaan di Selangor?