Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
111) STATUS RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik terkini pembinaan Rumah Mampu Milik Selangor
-
Berapa ramai yang mendaftar untuk mendapatkan rumah
-
Adakah jangkaan tempoh masa yang diunjurkan untuk pemohon mendapat tawaran pemilikan rumah?
112) BANTUAN PERTANIAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bantuan-bantuan pertanian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.
-
Berapakah jumlah peruntukkan untuk membantu golongan petani di Selangor pada tahun 2016?
113) LARANGAN PENGGUNAAN POLISTIRENA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah pencapaian dalam perlaksanaan larangan penggunaan polistirena di agensi-agensi kerajaan negeri?
-
Sejauh manakah kerajaan negeri akan selaraskan polisi larangan penggunaan polistirena?
-
Bagaimanakah penyelesaian terhadap aduan dan bantahan peniaga dalam pelaksanaan larangan penggunaan polistirena?
114) BEKALAN AIR BERSIH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah awal menangani kekurangan bekalan air sewaktu musim El Nino?
-
Berapakah paras air terkini setiap kolam?
-
Berapakah kadar peningkatan penggunaan air pada musim El Nino?
115) JAMINAN BEKALAN MAKANAN (FOOD SECURITY)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan oleh kerajaan Selangor memastikan ada jaminan bekalan makanan untuk rakyat Selangor?
-
Bagaimana perlaksanaan tanaman padi yang memberi hasil bertambah berbanding sebelum itu?
116) PROGRAM EKONOMI BAGI IBU TUNGGAL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan ibu tunggal berumur 50 tahun ke atas di Selangor?
-
Berapakah bilangan ibu tunggal lingkungan umur tersebut berada di bawah garis kemiskinan?
-
Apakah program ekonomi yang dijalankan bagi membantu ibu-ibu tunggal untuk berada di atas garis kemiskinan?
117) BANJIR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah penyelesaian masalah banjir di Negeri Selangor terutama di bandar Kajang dan Shah Alam?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah belanjakan untuk mengatasi banjir di kedua-dua kawasan berkenaan?
118) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah hasil cukai taksiran dan kadar mengikut jenis premis bagi semua PBT masing-masing.
-
Nyatakan tarikh kenaikan kadar cukai taksiran setiap PBT sebelum ini.
-
Nyatakan kadar jumlah kutipan cukai taksiran yang sepatutnya jika mengikut kadar semasa bagi PBT masing-masing.
119) PELAN MENGATASI KETIDAKCEKAPAN SISTEM PENGURUSAN PANGSAPURI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah pengurusan pangsapuri terutama jenis kos rendah?
-
Bilakah dijangka selesai?
120) PERPARITAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Banyak parit2 dan longkang2 di Ijok masih dipenuhi oleh rumput2 dan tumbuhan2 menyebabkan banjir dan pembiakan nyamuk. Apakah SOP JPS Negeri untuk mengatasi masalah ini?