Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
91) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2016?
-
Sila nyatakan secara perbandingan prestasi pelaburan Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri lain bagi setengah tahun pertama 2016?
-
Sila senaraikan 10 Negara utama yang membuat pelaburan di Negeri Selangor?
92) PELAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk setiap kampung untuk mencapai piawaian infrastruktur dan kemudahan awam?
-
Bagi setiap kampung, adakah pelan menyeluruh untuk mencakupi perkembangan dan keperluan masa depan penduduk?
93) PELAN MENYELURUH (BLUEPRINT) SALIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang memerlukan pelan saliran yang rapi. Bilakah siap Pelan Menyeluruh Saliran bagi negeri Selangor?
94) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek perumahan asnaf di tapak PKPS akan bermula?
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon perumahan tersebut?
95) KESAN “BREXIT” TERHADAP IKLIM PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan Selangor menjalankan kajian terhadap kesan positif dan negatif sama ada jangka panjang atau pendek "Brexit" terhadap iklim pelaburan di Selangor khususnya pelaburan yang melibatkan para pelabur daripada United Kingdom?
96) PROGRAM PWB
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Pihak manakah yang dilantik menguruskan program berstruktur PWB 10 modul yang menelan belanja kos RM 15 ribu bagi setiap DUN?
-
Apakah justifikasi dan garis panduan bagi meluluskan program?
97) BINATANG LIAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kampung-kampung di Ijok masih diganggu oleh monyet dan anjing liar mengakibatkan kerosakan harta benda, tanaman dan membahayakan penduduk. Masalah ini telah dibangkitkan di Dewan ini dahulu. Apakah langkah2 terkini Jabatan Perhilitan Negeri untuk membendung masalah kronik dan kritikal ini?
98) PROJEK MRT2
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan MRT2?
-
Nyatakan kesan positif MRT2 keatas lalu lintas sekiranya ia telah beroperasi kelak?
99) PESTA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah yang telah dibelanja oleh Kerajaan Negeri untuk menganjurkan Pesta Selangor di Bandar Utama?
-
Apakah respon orang ramai? Berapakah kupon telah dijual dan berapakah orang telah mengunjungi Pesta Selangor?
-
Bagaimanakah penganjur Priorities Yellow Event dipilih? Adakah tender terbuka dilaksanakan?
100) ELAUN KOODINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN (KPMI)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa bulankah setahun elaun Koodinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang dibayar kepada mereka?