Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
171) PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua program yang dianjurkan Kerajaan Negeri sepanjang Ramadhan tahun ini.
-
Berapakah kos perbelanjaan untuk menjayakan semua program tersebut?
172) BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SRI SELANGOR, FRASER’S HILL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kerja penaiktarafan untuk Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor?
-
Apakah perbelanjaan sebenarnya yang telah dibelanjakan atas kerja-kerja penaiktarafan Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor?
-
Sila berikan butir-butir tentang kerja yang telah dilaksanakan.
173) KELESTARIAN BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap pencapaian Bas Smart Selangor dari sudut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?
-
Apakah rancangan dalam setiap PBT untuk mengurangkan emisi karbon?
-
Apakah perancangan menyediakan laluan tanpa halangan (barrier free) di setiap PBT untuk OKU dan orang kecacatan fizikal?
174) PENGANGGURAN DAN PEMBERHENTIAN KERJA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pekerja yang diberhentikan akibat penutupan kilang dalam Jan - Jun tahun 2016 di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan mewujudkan tabung kebajikan untuk membantu pekerja yang diberhentikan dalam kes a) tersebut?
-
Apakah kadar pengangguran di kalangan graduan lepasan UNISEL dan KUIS ?
175) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pertubuhan Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan pihak berkuasa tempatan menurut MMKN Ke 2/2015 bertarikh 14 Januari 2015?
176) STATISTIK SMUE, TAWAS, FOOD STAMP DAN PROGRAM KEBAJIKAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mengikut statistik terkini, berapakah jumlah rakyat Selangor yang mendapat manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2016 (terkini)?
-
Berapakah kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh berkenaan?
177) MARRIS 2016 UNTUK KAWASAN DUN PANDAMARAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Permintaan-permintaan yang telah dikemukakan oleh saya kepada Majlis Perbandaran Klang tentang projek MARRIS 2016 terhadap pembaikpulihan paritparit di kawasan DUN Pandamaran sejak Januari 2016 masih belum dilaksanakan sehingga kini. Apakah sebab atas kelewatan tindakan tersebut?
-
Bila projek MARRIS 2016 bagi DUN Pandamaran akan dimulakan?
178) PUSAT WANITA BERDAYA MAJU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan jangka masa panjang pusat ini untuk mengukuhkan ekonomi wanita di Selangor?
-
Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikuti program ini dan status mereka
179) SUNTIKAN VAKSIN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penolakan suntikan vaksin yang direkodkan di Selangor sehinggan Jun 2016
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memberi kesedaran berkenaan kepentingan suntikan vaksin kepada masyarakat?
180) KAWASAN HOTSPOT DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan hotspot denggi yang baru dikenalpasti di Selangor
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri ke atas kawasan tersebut?