Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
181) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah dan tujuan peruntukan untuk pembangunan desa mengikut pecahan daerah bagi tahun 2008-2016.
-
Senaraikan projek dan jumlah nilai projek untuk pembangunan luar bandar yang diluluskan untuk daerah Gombak pada tahun 2016
-
Apakah kriteria kelulusan untuk permohonan projek pembangunan luar bandar di kampung-kampung dan apakah pendekatan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri tentang keperluan yang tinggi untuk naik taraf dewan dan infrastruktur sukan di kawasan perkampungan?
182) SKIM BAYARAN PREMIUM TANAH RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Semua statistik terkini berkaitan pemilik rumah kediaman yang mendapat manfaat daripada skim bayaran premium tanah iaitu peluang memiliki geran tanah dan tempoh pajakan tanah dilanjutkan dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
183) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sampai bilakah tempat persinggahan sampah, transfer station akan terus beroperasi di Seksyen 21 Shah Alam? Apakah ianya bersifat sementara atau kekal?
-
Jika kekal, apakah rancangan pihak kerajaan untuk menangani isu bau sampah yang busuk yang semakin menjadi-jadi ini?
184) MISI LAWATAN PERDAGANGAN, PELABURAN DAN PEMASARAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian lengkap sejak 2014 tentang misi perdagangan, pelaburan dan pemasaran dalam dan luar negara terutama bilangan lawatan, pecahan kos setiap lawatan, bilangan ahli EXCO dan pegawai yang menyertai, Indeks Prestasi Utama dan kejayaan yang dicapai berbanding sasaran.
185) TERMINAL BAS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah pembinaan kedua-dua terminal Bas di Seksyen 17 dan 19 Shah Alam lewat melebihi 1 tahun dari tarikh yang di janjikan?
-
Apakah kontraktor yang dilantik dari kontraktor yang telah melalui proses tender dan di senarai pendekkan oleh MBSA? Siapakah yang membuat lantikan kontraktor ini?
-
Siapakah yang membuat lantikan kontraktor ini?
186) KOPERASI HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan Koperasi Hijrah, apakah ianya telah dilaksanakan?
-
Apakah syarat-syarat untuk menyertainya?
-
Apakah kemudahan yang diperolehi bila menyertainya, sila nyatakan?
187) DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk program yang telah dimanfaatkan dari peruntukan ini?
-
Senaraikan DUN yang telah di salurkan peruntukan.
-
Apakah bentuk program yang telah dimanfaatkan dari peruntukan ini?
188) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian terkini perkhidmatan Bas Percuma Selangorku terutama laluan di seluruh negeri, bilangan bas yang terlibat, kos operasi per unit, senarai syarikat swasta yang dilantik dan nilai kontrak masing-masing serta sebarang perancangan melaksanakan Indeks Kepuasan Pelanggan
189) ÒMANHOLEÓ UTILITY
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar kerajaan bagi memastikan setiap Òmanhole utilityÓ diberikan identity tersendiri di setiap penutup manhole bagi memudahkan rakyat membuat aduan?
-
Jika belum ada, apakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil langkah proaktif bagi memulakan penandaan milik Òmanhole utilityÓ ini di masa akan datang?
190) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Status terkini rundingan antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) dan rancangan tindakan susulan sekiranya kegagalan mencapai kata putus berterusan sedangkan Kerajaan Persekutuan tiada halangan jika lesen pengeluaran air yang diberi kepada SPLASH ditarik balik