Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
51) PELABURAN AERO ANGKASA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelabur, jumlah pelaburan, tempat pelaburan dan peluang pekerjaan Aero Angkasa di Selangor.
-
Adakah terdapat pelabur yang berpotensi untuk membangunkan kawasan 'lapangan terbang' di Hulu Bernam, Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir- butirnya.
52) PPR LEMBAH SUBANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan Kerajaan Selangor untuk bantu PPR?
-
Apakah masalah sebenar yang menyebabkan Kerajaan Negeri perlu mengeluarkan peruntukan ini dan sejauhmanakah kerajaan pusat membantu untuk menyelesaikan masalah ini?
53) HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah penggunaan kewangan yang telah digunakan dari peruntukan RM100juta tahun 2016? Nyatakan mengikut pecahan pengurusan dan pembiayaan?
-
Nyatakan pencapaian bayaran balik pinjaman untuk tahun 2015 dan 2016?
-
c) Berapakah bilangan peserta yang terlibat dalam program ini bagi tahun 2015 dan 2016?
54) KOMPLEKS ISLAM DAERAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang membina Kompleks Islam di kesemua daerah di Selangor?
-
Apakah komponen dan pengisian utama sesuatu Kompleks Islam Daerah?
-
Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan bagi pembinaan tersebut?
55) BERNIAGA DI BAHU JALAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri kepada berniaga di bahu jalan di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menyediakan lokasi perniagaan yang lebih selamat dan selesa?
56) SYARIKAT PENGELUARAN AIR SELANGOR (SPLASH)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembelian syarikat SPLASH?
-
Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai belian?
-
Bagaimanakah kaedah pembayaran?
57) LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS
-
Apakah kaedah pemantauan terhadap Sungai Semenyih dan Sungai Selangor supaya sentiasa di bawah keadaan yang selamat?
-
Nyatakan "Standard Operating Procedure" (SOP) terhadap laparon pencemaran yang diterima.
58) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bolehkah peruntukan RM30,000 yang diperuntukkan kepada setiap DUN dikelolakan oleh Penyelia PWB bagi memudahkan program berjalan dengan pantas?
59) PROGRAM INSAN DI BAWAH EXCO PENDIDIKAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak Program INSAN yang telah dilaksanakan pada tahun 2016
-
Berapa ramai peserta yang telah mengikuti Program INSAN tahun 2016
-
Berapa kos keseluruhan Program INSAN di sepanjang tahun 2016?
60) BENTENG MENCEGAH BANJIR AKIBAT FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah dan tindakan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan benteng yang dibina di persisiran pantai kukuh dan tidak pecah akibat kesan fenomena air pasang besar?
-
Berapakah jumlah bajet yang disediakan untuk kerja-kerja mengukuhkan benteng tersebut?