Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
141) PELAN TINDAKAN MEMELIHARA KUALITI AIR MENTAH SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan kualiti air mentah sentiasa terpelihara dalam aspek alam sekitar, kesihatan dan keselamatan supaya bebas dari elemen boleh kawal seperti perbuatan ÒsabotajÓ baru-baru ini hingga menjejaskan bekalan air bersih kepada pengguna.
142) MINIMA 30% PENYERTAAN WANITA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha dan inovasi dalam memenuhi objektif 30% kedudukan kepimpinan wanita Selangor?
-
Nyatakan peratusan pencapaian di setiap peringkat MMKN, Ahli Majlis PBT, Pengarah, CEO Syarikat milik kerajaan, dari 2008 Ð 2016.
-
Apakah ada dasar khusus tentang 30% ini digubal oleh Kerajaan Negeri Selangor? Nyatakan.
143) KRISIS AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah Kerajaan Selangor / Air Selangor Sdn Bhd tidak membenarkan polis atau Jabatan Penguatkuasa PBT untuk menolong supaya lori-lori air tidak dihalang (hijacked) dan dapat sampai ke kawasan perumahan sepertimana yang dijadualkan?
-
Sila kemukakan pelan perancangan dan pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air.
144) PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Memandang Kerajaan Persekutuan tidak lagi mengeluarkan lesen di pusat transit sampah di Seksyen 21 Shah Alam, apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pengurusan sampah di tapak pembuangan sampah lebih efisien dan tambah nilai? Nyatakan teknologi yang di cadangkan.
145) PERBELANJAAN MEMBANTERAS DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membanteras wabak denggi di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut PBT.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan setiap perbelanjaan yang disalurkan menepati kehendak yang ditetapkan?
146) PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pusat penjagaan anak-anak di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah prosedur yang harus dipatuhi untuk menubuhkan pusat tersebut?
147) KEMPEN TAK NAK POLISTIRENA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah kejayaan dan keberkesanan kempen tersebut?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk melaksanakan kempen tersebut?
148) BAS PERCUMA SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk mengenakan charge minima RM1 kepada penumpang bukan warganegara Malaysia? Jika tidak, apa rancangan Kerajaan?
-
Bilakah bas percuma akan di rasai oleh penduduk di DUN Batu Tiga?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perlaksanaan ini tertangguh hampir 4 bulan dari jangkaan awalnya?
149) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan cukai taksiran di Selangor pada tahun 2016 mengikut PBT
-
Berapakah jumlah tunggakan cukai taksiran di Selangor pada tahun 2016 mengikut PBT?
150) ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua anak syarikat Negeri Selangor
-
Senaraikan anak syarikat negeri yang telah ditutup.