Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
21) KAWASAN LEMBAH BERINGIN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini Pelan Tindakan Khas Pembangunan Kawasan Brownfield Lembah Beringin.
-
Apakah keputusan mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?
22) PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang telah disalurkan kepada SJKT di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan bantuan pendidikan yang telah disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
23) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada kuil di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada tokong di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
24) JKR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan JKR Selangor bagi membantu merealisasikan projek pelebaran jambatan di simpang lampu isyarat Batang Kali memandang kesesakan jalan terutamanya Kuala Kubu Bharu menghala ke Batang Kali semakin serius?
-
Adakah JKR Selangor berhasrat melaksanakan kerja-kerja naiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 pada tahun 2017?
-
Adakah JKR Selangor sedar terowong Rasa yang diselenggarakan oleh JKR Selangor selalu banjir walaupun hujan tidak lebat? Jika ya, nyatakan tindakan yang diambil bagi memastikan sistem saliran air terowong tersebut berfungsi dengan baik.
25) SURAU DI HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah semua surau di Hulu Selangor menerima sumbangan moreh bulan Ramadhan daripada Kerajaan Negeri pada tahun ini? Jika tidak, senaraikan surau yang tidak menerima sumbangan tersebut dan nyatakan sebabsebabnya.
-
Senaraikan kerja-kerja pembaikan atau naiktaraf surau yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di Hulu Selangor.
26) POKOK TEDUHAN DI HULU SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membantu rakyat Hulu Selangor mencantas atau menebang pokok teduhan yang bahaya (di luar kawal selia JKR dan MDHS) memandangkan beberapa kes pokok teduhan tumbang telah merosakkan harta benda penduduk dan kemudahan awam?
27) PEMBANGUNAN DESA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pembangunan desa yang disalurkan mengikut daerah pada tahun 2016.
-
Senaraikan projek-projek pembangunan desa yang menelan peruntukan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2015 dan 2016.
-
Adakah peruntukan pembangunan desa juga digunakan untuk menambah lampu jalan di kawasan kampung? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
28) PROJEK PERTANIAN BERSEPADU RASA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) telah mengambilalih pengurusan tanah yang seluas 895.713 ekar bagi Projek Pertanian Bersepadu Rasa? Jika belum, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Nyatakan hasil atau sewa tahunan yang diterima daripada peserta-peserta dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. secara terperinci.
29) PENYELESAIAN TOTAL SAMPAH PUKAL DAN DOMESTIK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan menyeluruh untuk memastikan masalah pengurusan sampah yang masih tidak memuaskan di MPK khususnya di kawasan DUN Selat Klang menjelang 2017 selesai?
-
Bagaimanakah Kerajaan akan memastikan kutipan sampah dibuat secara sistematik dan bukan atas aduan seperti yang sedia ada?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri sistem pemantauan yang berkesan supaya rakyat boleh menikmati alam persekitaran yang indah dan bersih?
30) PENYELESAIAN TUNTAS SETINGGAN KPG SG SIREH KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah rumah setinggan di Kg Sg Sireh, Klang (tanah KTM)? Sila nyatakan kronologinya.
-
Apakah pelan penyelesaian Kerajaan dalam isu rumah setinggan (lot persendirian) Kg Sg Sireh, Klang? Sila nyatakan kronologi hingga selesai.